%D 2004 %X Rumpunan kajian mengenai inovasi telah mengemukakan kesimpulan dapatan iaitu iklim kreatif sesuatu organisasi berkecenderungan memainkan peranan penting dan merupakan peramal bagi inovasi. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini, kehadiran budaya pembelajaran dalam organisasi atau istilah ringkasnya budaya organisasi pembelajaran juga tidak kurang penting berkecenderungan memperjelaskan kesan pengaruh positif kepada inovasi. Kajian kes ini cuba meneliti kesan pengaruh ke atas inovasi dari kedua-dua pemboleh ubah ini secara berasingan dan secara gabungan serentak serta menentukan yang mana satu dari kedua-dua pemboleh ubah tersebut menjadi peramal yang lebih baik ke atas inovasi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua budaya pembelajaran organisasi dan iklim kreatif organisasi secara gabungan mempengaruhi dengan signifikan (P< .05) varians inovasi keseluruhan sebanyak 75.8% (F= 4.055, P =.001). Secara berasingannya pula, budaya organisasi pembelajaran menampakkan pengaruh yang besar manakala iklim kreatif organisasi tidak menunjukkan sebarang pengaruh yang signifikan ke atas varians inovasi. Dapatan kajian juga mendapati dua faktor dari keseluruhan tujuh faktor budaya organisasi pembelajaran iaitu 'Kaitan Sistem' dan Pembelajaran Berterusan' mempunyai kuasa peramal yang tinggi dengan signifikan ke atas inovasi di dalam kajian kes mi. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan di kalangan tiga golongan pekerja (peringkat pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan) dari segi inovasi, iklim kreatif organisasi dan budaya organisasi pembelajaran P> .05). %A Ismail, Ph.D Meriam %K iklim kreatif organisasi, organisasi pembelajaran, inovasi, Kaitan Sistem, pembelajaran berterusan %I Institut Aminuddin Baki %T IKLIM KREATIF ORGANISASI DAN BUDAYA ORGANISASI PEMBELAJARAN SERTA PENGARUHNYA TERHADAP INOVASI: KAJIAN KES KE ATAS SEBUAH SYARIKAT SWASTA DI MALAYSIA %L iab_repo209 %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004