TY - UNPB SN - UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/218/ ID - iab_repo218 N2 - Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan pengurusan strategik dalam kurikulum teras Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam kalangan guru-guru KH di beberapa buah sekolah menengah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Penyelidik melakukan perbandingan prestasi pengurusan kurikulum guru-guru KH dari aspek perbezaan min yang signifikan amalan pengurusan kurikulum, amalan perancangan strategik dan amalan pelaksanaan strategik. Di samping itu juga, penyelidik mengkaji hubungan dan pengaruh antara umur dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru KH. Teknik pensampelan bertujuan ditadbirkan ke atas 238 orang guru sekolah menengah di dua buah daerah dalam negeri Pahang. Instrumen kajian merangkumi 22 item Pengurusan Strategik dengan nilai kebolehpercayaan, r=0.915. Alat statistik bentuk deskriptif, Ujian-t sampel bebas, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Linear digunakan dalam pemprosesan data kajian. Keputusan ANOVA sehala menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam pengurusan kurikulum dalam kalangan guru-guru KH. Keputusan Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan antara umur dengan pengurusan kurikulum guru-guru KH (r=0.133, k<0.05) dengan kekuatan korelasinya yang lemah. Dapatan yang sama diperoleh hubungan antara pengalaman mengajar subjek KH dengan Pengurusan Strategik, (r=0.140, k<0.05). Selanjutnya, keputusan analisis Regresi Sehala mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara pengalaman mengajar subjek KH dengan pengurusan strategik guru-guru KH [R2 (1.236) = 0.020, F=4.858, k < 0.05]. Y1 - 2013/12/01/ PB - Institut Aminuddin Baki A1 - Rosdi, Mat Ali A1 - Mohd Izham, Mohd Hamzah A1 - Nazeri, Mohammad KW - pengurusan strategik KW - kurikulum reka bentuk dan teknologi KW - reka bentuk dan teknologi KW - RBT JF - Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013 TI - AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM KURIKULUM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AV - public ER -