eprintid: 218 rev_number: 11 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/02/18 datestamp: 2013-09-17 04:00:18 lastmod: 2015-03-05 03:03:41 status_changed: 2013-09-17 04:00:18 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Rosdi, Mat Ali creators_name: Mohd Izham, Mohd Hamzah creators_name: Nazeri, Mohammad corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM KURIKULUM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ispublished: unpub subjects: LB2300 full_text_status: public keywords: pengurusan strategik, kurikulum reka bentuk dan teknologi, reka bentuk dan teknologi, RBT abstract: Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan pengurusan strategik dalam kurikulum teras Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam kalangan guru-guru KH di beberapa buah sekolah menengah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Penyelidik melakukan perbandingan prestasi pengurusan kurikulum guru-guru KH dari aspek perbezaan min yang signifikan amalan pengurusan kurikulum, amalan perancangan strategik dan amalan pelaksanaan strategik. Di samping itu juga, penyelidik mengkaji hubungan dan pengaruh antara umur dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru KH. Teknik pensampelan bertujuan ditadbirkan ke atas 238 orang guru sekolah menengah di dua buah daerah dalam negeri Pahang. Instrumen kajian merangkumi 22 item Pengurusan Strategik dengan nilai kebolehpercayaan, r=0.915. Alat statistik bentuk deskriptif, Ujian-t sampel bebas, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Linear digunakan dalam pemprosesan data kajian. Keputusan ANOVA sehala menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam pengurusan kurikulum dalam kalangan guru-guru KH. Keputusan Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan antara umur dengan pengurusan kurikulum guru-guru KH (r=0.133, k<0.05) dengan kekuatan korelasinya yang lemah. Dapatan yang sama diperoleh hubungan antara pengalaman mengajar subjek KH dengan Pengurusan Strategik, (r=0.140, k<0.05). Selanjutnya, keputusan analisis Regresi Sehala mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara pengalaman mengajar subjek KH dengan pengurusan strategik guru-guru KH [R2 (1.236) = 0.020, F=4.858, k < 0.05]. date: 2013-12-01 publication: Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013 publisher: Institut Aminuddin Baki refereed: TRUE issn: citation: Rosdi, Mat Ali and Mohd Izham, Mohd Hamzah and Nazeri, Mohammad (2013) AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM KURIKULUM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013. ISSN (Unpublished) document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/218/1/5_KK_L415_Rosdi.pdf