%J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 2013 %T SIKAP TERHADAP PERUBAHAN DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG %L iab_repo220 %K sikap perubahan pengetua %I Institut Aminuddin Baki %D 2013 %X Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap terhadap perubahan dalam kalangan pengetua sekolah menengah di Negeri Pahang berdasarkan dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku. Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan gabungan Model Sikap Terhadap Perubahan oleh Dunham et al. serta Maio dan Haddock. Sampel kajian seramai 888 orang iaitu 104 pengetua dan 784 guru dari enam jenis sekolah menengah di Negeri Pahang dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata stratified random sampling). Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pengetua di Pahang memiliki sikap positif terhadap perubahan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi sikap terhadap perubahan berdasarkan jantina, jawatan sebagai pengetua cemerlang dan pengalaman sebagai pengetua. Implikasi kajian menjelaskan pengetua berupaya mempamerkan sikap yang positif terhadap perubahan. Justeru, maklumat ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk merangka tindakan strategik seperti kursus-kursus peningkatan profesionalisme bagi melestarikan kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah khususnya Negeri Pahang dan Malaysia amnya agar pemimpin ini berperanan dalam menyediakan pendidikan abad ke-21. %A Abdullah Jamelaa Bibi %A Md Kassim Jainabee