%0 Journal Article %@ 983-9479-17-2 %A ABAS, AWANG %A BALASANDRAN, A. RAMIAH %A Institut Aminuddin Baki, %D 2002 %F iab_repo:242 %I Institut Aminuddin Baki %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002 %K peranan pengetua, peranan guru besar, kualiti kepimpinan %P 86-101 %T PERANAN PENGETUA DAN GURU BESAR DALAM MENENTUKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR %U http://eprints.iab.edu.my/v2/242/ %X Kepimpinan pengetua dan guru besar merupakan faktor penentu kecemerlangan akademik pelajar. Pengurus sekolah perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti dan mampu mempengaruhi serta menjalinkan perhubungan yang baik dengan pegawai bawahannya. Pengetua dan guru besar perlu bermuhasabah diri untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri di samping mampu menggunakan peluang yang sedia wujud untuk membangunkan sekolah. Hubungan kepimpinan sekolah dengan pencapaian pelajar dapat membawa kesan tehadap pencapaian akademik pelajar. Kepimpinan yang berfokus kepada instruksional dapat memastikan guru mengajar yang terbaik dan murid belajar yang terbaik. Kertas ini ditulis berdasarkan satu pemerhatian terhadap satu keputusan peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia. SBP dipilih berdasarkan andaian bahawa pencapaian pelajar (output) antara sekolah asrama penuh seharusnya tidak jauh berbeza memandangkan sumber dan kualiti pelajar (input) yang diterima adalah hampir sama. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar antara SBP jauh berbeza dan keputusan mata pelajaran-mata pelajaran tertentu dalam sekolah yang sama juga jauh berbeza. Justeru kertas ini ditulis untuk merenung dan membincangkan punca isu ini berlaku. Berdasarkan hasil temubual dan pengalaman penulis pertama sebagai pengetua, keadaan ini didapati berlaku kerana perbezaan dalam proses pengurusan kurikulum sekolah. Dengan itu telah dirumuskan bahawa beberapa proses yang penting dapat membawa kecemerlangan akademik. Antaranya ialah tumpuan terhadap kepimpinan instruksional, pengurusan panitia, program post mortem, mentor-mentee, sistem kawalan dan sebagainya. Dengan ini disyorkan agar ilmu kepimpinan instruksional perlu didedahkan kepada pegawai di semua peringkat Kementerian Pendidikan bermula dari sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian sebagai usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya.