@article{iab_repo244, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, author = {ISMAIL ISHAK and RAZALI MAHANI}, pages = {102--117}, journal = {Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002}, month = {December}, year = {2002}, title = {TAHAP KECERDASAN EMOSI GURU SEKOLAH }, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/244/}, keywords = {kecerdasan emosi guru}, abstract = {Kajian lepas menunjukkan kecerdasan emosi dapat meningkatkan produktiviti, inovasi dan kecekapan organisasi. Salovey dan Mayer telah mendefinisikan EQ sebagai suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara fikir dan tindakan. Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80\% bergantung kepada kekuatan EQ dan hanya 20\% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Pendidikan adalah satu proses yang kompleks dan dipengaruhi oleh banyak faktor penggerak. Penggerak utama pendidikan dalam bilik darjah adalah guru dan mereka seharusnya menggunakan emosi untuk mengarahkan sikap dan cara berfikir pelajar supaya mencapai matlamat. Perhubungan dengan pelajar adalah aset utama pengajaran dan harus dimanipulasikan supaya tidak terdapat halangan untuk proses pendidikan. Kajian ini dibuat untuk melihat mengapa guru-guru kini sentiasa bersungut dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas mereka. Kajian ini cuba melihat adakah situasi ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan faktor tahap kecerdasan emosi yang dimiliki oleh guru-guru tersebut . Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan yang menggunakan soalselidik yang telah diubahsuai oleh penyelidik iaitu soalselidik bagi mengukur tahap kecerdasan emosi. Adalah diharapkan kajian ini boleh memberi sumbangan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan keguruan dan juga ke arah memartabatkan profesion ini agar diandang mulia oleh semua lapisan masyarakat. } }