TY - BOOK T3 - Siri Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan AV - public TI - KERJA BERPASUKAN CY - Genting Highlands, Pahang KW - kerja berpasukan ED - Noraziah, Abdul Aziz ED - Netty Yushani, Yusof Y1 - 2010/// N2 - Dalam mana-mana organisasi yang besar, terdapat pelbagai kelompok individu yang bekerja sebagai satu pasukan yang terbina hasil daripada pembahagian tugas yang terancang atau hubungan peribadi dan sosial. la terjalin secara tersendiri berasaskan sifat semulajadi manusia sebagai makhluk sosial yang inginkan individu lain dalam hidupnya. Pasukan bermaksud kelompok manusia yang mempunyai kehendak serupa. Ini yang menjadi intipati kajian ahli psikologi sejak dahulu yang cuba memahami konsep kehendak (needs) yang begitu berkuasa dalam menyatu atau memisahkan kumpulan manusia. Ringkasnya, kehendak yang serupa dan sehaluan akan membawa kepada terbinanya pasukan yang padu manakala kehendak yang berkonflik akan menghasilkan individu dan pasukan yang bertentangan citarasa dan tingkah laku. Ini semua berpunca daripada hakikat wujudnya setiap manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai hamba-Nya yang azalinya berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, ilmu psikologi wujud sebagai satu disiplin ilmu yang cuba menyelami hakikat insan dan membantu individu yang memerlukan bantuan berbentuk peribadi. Akibat kompleksnya dunia manusia sebagai individu, maka lahir pula ilmu kepemimpinan yang membuat saranan tentang pemimpin yang balk dan berkesan dalam menangani ragam manusia yang dipimpinnya. Ahli fikir terawal seperti Plato, Aristotle dan Kung Fu Tze memperkatakan tentang pemimpin yang bijak, mahir dan berkesan. Kesedaran wujud sejak 2,500 tahun dahulu tentang pentingnya para pemimpin yang berkuasa mengikut prinsip kepemimpinan yang berasaskan perikemanusiaan dan adil. Semasa perkembangan tamadun Islam pun aspek kepemimpinan ini ditekankan dengan menonjolkan khalifah-khalifah yang berwibawa, bijak dan handal. Pastinya model pemimpin berkesan perlu kita asaskan kepada kitab suci Al-Quran yang menjadikan sifat-sifat rasul yang terdapat pada Nabi Muhammad Rasulullah (s.a.w.) sebagai contoh terbaik dan diredhai Allah s.w.t. Sifat-sifat tersebut terrnasuk siddiq ertinya benar, amanah ertinya kepercayaan, tabligh ertinya menyampaikan dan fatanah ertinya bijaksana. Jika ini dapat dihayati dan dilaksanakan dengan balk maka banyak masalah organisasi dapat ditangani dengan lebih profesional dan berkesan. PB - Institut Aminuddin Baki EP - 12 ID - iab_repo245 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/245/ ER -