relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/27/ title: KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) : PENILAIAN REAKSI creator: Kamaruzaman , Moidunny creator: Norasmah, Othman subject: LB2300 Higher Education description: Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah reaksi peserta terhadap Program Kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program latihan ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki yang memakan masa selama setahun. Kajian ini memokuskan reaksi bekas peserta NPQEL terhadap enam aspek iaitu kemudahan fizikal, bahan pelajaran, penyampaian pensyarah, Program Praktikum, Program Sandaran dan kandungan kursus. Kemudahan fizikal terdiri daripada lima komponen iaitu bilik kuliah, pusat sumber, bilik penginapan, makmal komputer dan dewan makan. Bahan pelajaran pula terdiri daripada dua komponen iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada lima komponen iaitu kandungan umum, Fasa Asas, Pertengahan, Khas dan Berterusan. Analisis kajian dilaksanakan terhadap 74 orang bekas peserta NPQEL bagi ambilan pertama yang telah menamatkan pengajian pada bulan Jun 2009. Dapatan kajian menunjukkan reaksi peserta adalah pada tahap sangat tinggi bagi dua aspek iaitu Program Sandaran dan kandungan kursus. Sementara aspek kemudahan fizikal, bahan pelajaran, penyampaian pensyarah, dan Program Praktikum pula berada pada tahap tinggi. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2010-07-19 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/27/1/PROSIDING_SN_17_1.pdf.pdf identifier: Kamaruzaman , Moidunny and Norasmah, Othman (2010) KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) : PENILAIAN REAKSI. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan ke-17 2010. pp. 23-41. ISSN 978-983-9479-72-0