%L iab_repo274 %T PENGETUA DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH %P 118-144 %J Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002 %A IBRAHIM MOHAMMED SANI %A ABD. RAHMAN MOHD JASMY %X Kajian-kajian yang pernah dijalankan tentang kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada pengetua dan guru besar (Mohammed Sani Ibrahim et al. 2000, Baharom Mohamad, 2002, Khuzaimah Mustaffa, 2000 dan Gurr, 2000) telah menunjukkan bahawa para pentadbir sekolah pernah membuat persediaan yang rapi dalam proses ke arah pembestarian sekolah masing-masing. Ini ialah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk membestarikan semua sekolah menjelang 2010. Para pentadbir sekolah tidak dapat mengelakkannya. Mereka perlu dari sekarang merancang aspek-aspek berikut penggunaan teknologi (hardware), peggunaan teknologi kerja-kerja jaringan (networks), pengajaran dan pembelajaran bestari, bekerja bersama staf, pentadbiran dan Kementerian Pendidikan Malaysia, usaha ke arah peningkatan kualiti personel, keperluan kepada perkembangan profesionalisme kendiri dan staf serta pengurusan perubahan yang dramatik dalam melaksanakan tugas mereka. Kertas kerja ini akan membincangkan prinsip-prinsip dalam mengintegrasikan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, unsur-unsur utama dalam penggubalan satu Pelan Teknologi, teknik mewujudkan budaya ICT di sekolah, corak kepimpinan yang diperlukan, proses penggubalan dan pengekalan polisi ICT sekolah, perancangan dalam perkembangan ICT sekolah, langkah-langkah untuk mencapai dan mengekalkan kebolehan ICT, pemantauan terhadap kemajuan, menyelaras amalan ICT dan polisi, model menguruskan kurikulum bestari di sekolah, cara mengatasi halangan dan mengenal pasti sukses dan teknik perancangan dan perlaksanaan program perkembangan staf untuk penyelaras ICT. Pada keseluruhannya, kertas ketja ini akan menumpukan kepada peranan pengetua dalam melaksanakan konsep dan proses pembestarian sekolah berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan di Malaysia dan negara-negara lain di dunia. %D 2002 %K pengetua, pembestarian sekolah %I Institut Aminuddin Baki