@article{iab_repo278, year = {2002}, title = {HUBUNGAN KOMUNIKASI KEPIMPINAN PENGETUA DAN ESTEEM KENDIRI GURU DENGAN KEBERKESANAN INTERPERSONAL GURU }, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, author = {WAN MOHD AMIN WAN ABD AZIZ and M YASSIN SULAIMAN and ABDULLAH WAN SALIHIN WONG}, pages = {166--176}, month = {December}, journal = {Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002}, abstract = {Komunikasi kepimpinan adalah merupakan suatu faktor penentu kepada kesejahteraan diri individu di tempat kerja. Amalan komunikasi kepimpinan yang berasaskan kepimpinan merintis struktur dan kepimpinan pertimbangan serta orientasi komunikasi terbuka dapat meningkatkan esteem kendiri guru seterusnya juga meningkatkan keberkesanan interpersonal di kalangan mereka. Kajian ini difokuskan kepada tiga persoalan iaitu:(1) Adakah komunikasi kepimpinan pengetua mempunyai hubungan positif terhadap esteem kendiri?; (2) Adakah esteem kendiri guru mempunyai hubungan positif terhadap keberkesanan interpersonal guru?; (3) Adakah komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal menunjukkan pengaruh terhadap keberkesanan interpersonal guru? Kajian ini dilakukan terhadap 121 responden iaitu terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah menengah terkawal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Responden dipilih daripada 6 buah sekolah berdasarkan persampelan rawak bebas yang dibuat ke atas 16 buah sekolah menengah terkawal di lokasi Bandar. Pemilihan 121 responden dibuat dengan menggunakan persampelan rawak berlapis mengikut jantina iaitu 30\% daripada jumlah populasi. Responden diminta memberi persepsi terhadap komunikasi kepimpinan di sekolah dengan menjawab sejumlah 87 item soalan yang berasaskan kepada 5 konstruk utama kajian iaitu kepimpinan merintis struktur; kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi,esteem kendiri dan keberkesanan interpersonal guru. Data yang diperolehi dianalisiskan menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan analisis statistic deskriptif Korelasi Pearson, Korelasi Partial, Regresi Berganda dan Path Analysis. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif di antara komunikasi kepimpinan pengetua dengan peningkatan esteem kendiri guru dan seterusnya wujud pula hubungan yang positif dengan keberkesanan interpersonal guru. Dapatan juga menunjukkan komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal mempengaruhi keberkesanan interpersonal guru. }, keywords = {komunikasi kepimpinan, esteem kendiri, keberkesanan interpersonal guru, faktor peramal}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/278/} }