TY - JOUR KW - amalan komunikasi KW - keberkesanan komunikasi SP - 186 JF - Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002 TI - AMALAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PENTADBIR PENDIDIKAN DI DAERAH KUALA MUDA AV - public EP - 199 SN - 983-9479-17-2 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/279/ ID - iab_repo279 Y1 - 2002/12/16/ N2 - Kajian ini dilakukan bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi pentadbir pendidikan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Daerah Kuala Muda, Kedah. Sebanyak 107 set soal selidik telah diajukan kepada Pengetua, Penolong Kanan (Pentadbiran dan Kurikulum), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru Kanan Mata Pelajaran di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah berkenaan. Dan jumlah tersebut, sebanyak 101 set soal selidik telah dikembalikan untuk dianalisis. Hasil kajian mendapati pentadbir-pentadbir pendidikan di daerah ini paling kerap menggunakan komunikasi lisan seperti bermesyuarat dan berjumpa dengan individu yang terlibat secara langsung. Majoriti daripada mereka menyatakan tidak pernah menggunakan mel elektronik untuk menyampaikan mesej kepada kakitangan di sekolah. Kajian ini juga mendapati tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara faktor media dan keberkesanan komunikasi. Sebaliknya, terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor corak kepimpinan dan keberkesanan komunikasi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan komunikasi di kalangan pentadbir pendidikan seperti mengikuti kursus-kursus komunikasi, mempelbagaikan pendekatan komunikasi terutama dalam menggunakan teknologi komunikasi moden dan melengkapkan semua sekolah di daerah ini dengan peralatan-peralatan ICT. PB - Institut Aminuddin Baki A1 - MOHD. TAIB, ARIFFIN A1 - NORIZAN, MOHAMED NASIR ER -