eprintid: 282 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/02/82 datestamp: 2013-10-10 02:59:23 lastmod: 2013-10-10 02:59:23 status_changed: 2013-10-10 02:59:23 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: A. RAMIAH , BALASANDRAN corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: PERANAN KAJIAN KES PENGURUSAN PENDIDIKAN DALAM MEMBINA KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN ispublished: pub subjects: LB divisions: IABU full_text_status: public keywords: peranan kajian kes, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan abstract: Kes merupakan satu deskripsi situasi yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. Kes digunakan dalam latihan pengurusan dan kepemimpinan sebagai satu kaedah melatih pengurus membuat keputusan. Penggunaan kes melatih pengurus mendiagnosis masalah isu, punca masalah, implikasinya dan menjana serta menilai alternatif-alternatif penyelesaian. Kaedah ini yang menggunakan pendekatan heuristik membantu pengurus menguasai kemahiran mengumpul maklumat, menganalisis, mengintegrasi, mereflek dan membuat keputusan berdasarkan masalah organisasi yang sebenar. Institut Aminuddin Baki juga berperanan melatih pengurus sekolah dalam menulis dan menggunakan kes dalam mendalami isu-isu pengurusan dan kepemimpinan sekolah. Objektif kertas seminar ini adalah untuk menilai kesesuaian dan kepentingan bengkel penulisan kes dalam melatih pengurus membina efikasi kendiri dalam membuat keputusan berdasarkan konteks pengurusan sekolah. Pemerhatian dibuat terhadap 21 pengurus sekolah rendah semasa mereka mengikuti Bengkel Penulisan Kajian Kes pada tahun 2001 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara selama 3 Fasa, Mereka mewakili sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia. Kaedah temubual, pemerhatian dan penulisan kertas refleksi digunakan sebagai instrumen mengumpul maklumat. Berdasarkan hasil pemerhatian pengurus sekolah berpendapat bahawa penulisan dan penggunaan kajian kes dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka terhadap situasi yang sama di sekolah, meningkatkan pengetahuan tentang amalan dan pendekatan yang digunakan dalam menangani masalah pengurusan sekolah, membantu dalam mengasah kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, menggalakkan pembelajaran secara kumpulan dan sebagainya. Adalah disarankan penulisan dan penggunaan kes pengurusan sekolah digunakan sebagai alat pembelajaran yang berkesan dengan memberi tumpuan kepada isu dan masalah persekitaran sekolah yang tertentu seperti sekolah yang mempunyai pelajar anak orang asli yang ramai, sekolah kecil, sekolah luar Bandar, sekolah berprestasi rendah, sekolah asrama penuh, sekolah FELDA dan sebagainya untuk melatih pengurus-pengurus sekolah berkenaan mengasah kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. date: 2002-12-16 date_type: published publication: Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 217-227 refereed: TRUE issn: 983-9479-17-2 citation: A. RAMIAH , BALASANDRAN (2002) PERANAN KAJIAN KES PENGURUSAN PENDIDIKAN DALAM MEMBINA KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-11 2002. pp. 217-227. ISSN 983-9479-17-2 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/282/1/PROSIDING_SN_11.pdf_15.pdf