relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/34/ title: SELEKSI PROSIDING SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2001 - 2010 Tema: Amalan, Inovasi dan Kreativiti Dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan creator: Mohammed Sani, Ibrahim creator: Zaiton, Md. Noor creator: A. Rahmiah, Balasandran creator: Lilia , Halim creator: Shukri, Zain creator: Izani, Ibrahim creator: Norlia, Goolamally creator: Jamil, Ahmad creator: Amin , Senin subject: LB2300 Higher Education description: Buku ini merupakan himpunan kertas kerja hasil penyelidikan yang telah dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan anjuran IAB dan diterbitkan sedekad yang berlalu. Kertas kerja hasil penyelidikan ini dikumpul dan diterbitkan semula berdasarkan tema yang dipilih selaras dengan usaha berterusan Institut Aminuddin Baki untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Perkembangan kepimpinan pendidikan merupakan satu proses berterusan dan bukannya peristiwa sekali sahaja (one off event). Cabaran dan tuntutan terhadap kepimpinan sekolah semakin kompleks dan sentiasa berkembang dan berubah. Kertas penyelidikan yang diterbitkan semula ini masih relevan dengan kehendak semasa dan diharapkan dapat membantu dan menjadi panduan kepada pemimpin pendidikan untuk membangunkan kapasiti pendidikan. Sebanyak 16 kertas penyelidikan telah dipilih berdasarkan tema amalan, inovasi dan kreativiti dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Justeru, masalah pengurusan yang dihadapi oleh pengetua yang telah dikenal pasti akan dapat membantu pihak atasan termasuk IAB sendiri untuk membuat perancangan yang lebih mantap dalam menyediakan pemimpin yang lebih berwibawa di sekolah. Amalan kepemimpinan cemerlang yang telah dipraktikkan oleh pemimpin sekolah yang berjaya perlu ditonjolkan untuk menjadi panduan kepada pemimpin yang lain. Dalam menghadapi cabaran globalisasi ini, pemimpin sekolah perlu mempunyai kreativiti dan inovasi termasuklah mengimplementasi ICT dalam sistem pendidikan. Terdapat juga kertas penyelidikan yang menampilkan ciri-ciri keusahawanan di sekolah sebagai langkah inovasi ke arah kecemerlangan pendidikan. publisher: Institut Aminuddin Baki contributor: Som, Shariff contributor: Siti Anidah, Mahadi date: 2011 type: Book type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/34/1/PROSIDING__2001-2010.pdf identifier: Mohammed Sani, Ibrahim and Zaiton, Md. Noor and A. Rahmiah, Balasandran and Lilia , Halim and Shukri, Zain and Izani, Ibrahim and Norlia, Goolamally and Jamil, Ahmad and Amin , Senin (2011) SELEKSI PROSIDING SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2001 - 2010 Tema: Amalan, Inovasi dan Kreativiti Dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang . ISBN 978-983-9479-83-6