eprintid: 392 rev_number: 13 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/03/92 datestamp: 2014-12-09 01:34:20 lastmod: 2014-12-09 01:34:20 status_changed: 2014-12-09 01:34:20 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Doris, Apai corp_creators: Free Malaysia Today title: KPM REKOD KONTRAKTOR CEMERLANG ispublished: pub subjects: TH full_text_status: public keywords: IAB Cawangan Sarawak, KPM abstract: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyenarai nama syarikat kontraktor yang berjaya melaksanakan projek mengikut jadual dalam buku rekod prestasi kementerian berkenaan. Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPM, Datuk Abdul Shukor Ibrahim berkata, mana-mana syarikat kontraktor yang direkodkan itu, berkemungkinan berpeluang untuk mendapat projek KPM yang lain. “Syarikat yang berprestasi cemerlang berpeluang untuk mengambil alih mana-mana projek ‘sakit’ (gagal disiapkan mengikut jadual) di bawah KPM. Justeru, KPM menyarankan mana-mana syarikat kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek di bawah kelulusan kementerian ini supaya terus mengekal dan menunjukkan prestasi cemerlang sebagai jaminan mendapat projek pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Sarawak dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang di Dewan Utama IAB Cawangan Sarawak, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Datuk Abdillah Adam, Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah dan Penyelaras IAB Cawangan Sarawak, Dr. Shahri Abd Rahman. date: 2013-11-10 date_type: published publication: free malaysia today refereed: TRUE citation: Doris, Apai (2013) KPM REKOD KONTRAKTOR CEMERLANG. free malaysia today. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/392/1/iab_sarawak.pdf