relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/422/ title: FENOMENA PENYELIAAN AKTIVITI AKADEMIK UTAMA SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA, KEDAH creator: Zailani , Mamat subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme atau kaedah penyeliaan dan pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran serta lain-lain aspek yang berhubung kait dengan aktiviti utama akademik sekolah yang praktikal dalam kalangan pentadbir untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Pemboleh ubah bersandar ialah Penyeliaan Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKBQ) dan pemboleh ubah tak bersandar ialah Buku Laporan PKBQ dan Jadual Pemantauan PKBQ. Responden kajian melibatkan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang, dan 4 orang Guru Kanan Bidang. Analisis data dilakukan secara pemerhatian, temu bual dan rekod pemantauan pentadbir ini yang dicatat dalam Buku PKBQ setelah dibuat perubahan jadual pelaksanaan dan tindakan. Hasil tindakan yang dibuat didapati bahawa penyediaan buku laporan PKBQ kepada semua pentadbir ini membantu memudahkan proses penyeliaan dan pemantauan. Namun masih terdapat kekangan dari segi bilangan pemantauan yang dibuat. Selepas tindakan pengubahsuaian jadual dibuat iaitu dengan menetapkan setiap hari Khamis, semua pentadbir akan turun memantau dan membuat pencerapan terhadap guru-guru. Didapati rekod pemantauan semakin meningkat. Begitu juga dengan jumlah pemeriksaan buku latihan pelajar. Sebagai kesimpulan, penemuan di atas mendapati bahawa Penyediaan Buku PKBQ kepada semua pentadbir mempengaruhi minat dan memudahkan pemantau merekod. Manakala tindakan menetapkan jadual pemantauan pada hari Khamis amat menggalakkan pentadbir memantau dan aspek pemantauan juga dapat diperluaskan skopnya. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2011 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/422/1/09122014095847.pdf identifier: Zailani , Mamat (2011) FENOMENA PENYELIAAN AKTIVITI AKADEMIK UTAMA SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA, KEDAH. Jurnal Kajian Tindakan: Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (2009-2010). pp. 83-90. ISSN 9789839479881 relation: http://www.iab.edu.my/