eprintid: 43 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 5 dir: disk0/00/00/00/43 datestamp: 2013-03-06 08:02:29 lastmod: 2013-03-06 08:02:29 status_changed: 2013-03-06 08:02:29 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Mohd Izham , Mohd Hamzah creators_name: Sufean , Hussin corp_creators: INSTITUT AMINUDDIN BAKI title: PROSES PERUBAHAN TERANCANG: PANDANGAN PENTADBIR TERHADAP IMPLEMENTASI ispublished: pub subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: perubahan terancang, pentadbir, sekolah bestari, abstract: Proses perubahan terancang adalah usaha sistematik untuk mereka semula organisasi pendidikan yang mana akan membantu organisasi tersebut melakukan penyesuaian terhadap perubahan-perubahan dalam persekitarannya serta untuk mencapai arah dan matlamat baru organisasi sekolah. Perubahan terancang perlu dalam pendidikan untuk mengelak berlakunya kekaburan, ketidakpastian dan kesukaran meramalkan apa yang akan berlaku. Bagi memastikan sebarang perubahan yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun, segala proses perubahan di sekolah bestari telah dirancang dengan teliti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Perubahan terancang akan memastikan dengan jelas apa yang ingin diubah, siapa yang akan melakukan, bagaimana hendak melakukan dan bila ia hendak dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menghuraikan pandangan pihak pentadbir sekolah bestari terhadap proses perubahan terancang yang telah diperkenalkan di sekolah mereka masing-masing. Kajian ini adalah kajian kualitatif secara kajian kes berganda (multiple-case study) di lima buah sekolah bestari. Pengumpulan data dibuat melalui temu bual berbentuk separuh berstruktur. Subjek kajian terdiri daripada pengetua, penolong kanan, penolong kanan HEM, koordinator teknologi maklumat dan ketua bidang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ada pentadbir yang mempunyai pandangan positif dan menyokong terhadap proses perubahan yang telah dirancang manakala ada pentadbir merasakan perubahan yang dirancang itu tidak memenuhi keperluan pelajar dan kehendak guru dan pentadbir sekolah. Ini menyebabkan berlakunya kekangan dalam mengimplementasi proses perubahan tersebut. Pentadbir yang dikaji juga menghadapi masalah apabila perubahan yang diperkenalkan itu datang serentak dengan banyak sekali gus secara bertimpa-timpa menyebabkan mereka tidak tahu yang mana satu sepatutnya diberi keutamaan. date: 2008-07-01 date_type: published publication: Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan volume: 18 number: 01 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 01-20 refereed: TRUE issn: 1511-4147 citation: Mohd Izham , Mohd Hamzah and Sufean , Hussin (2008) PROSES PERUBAHAN TERANCANG: PANDANGAN PENTADBIR TERHADAP IMPLEMENTASI. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (01). 01-20. ISSN 1511-4147 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/43/1/PROSES_PERUBAHAN_TERANCANG_PANDANGAN_PENTADBIR_TERHADAP_IMPLEMENTASI.pdf