eprintid: 430 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/04/30 datestamp: 2015-02-09 08:45:27 lastmod: 2015-02-09 08:45:27 status_changed: 2015-02-09 08:45:27 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Abdul Jawi, Abnoh Sawi creators_name: Mohd. Yusof, Abdullah creators_name: Usang, Ngrambang creators_id: abduljawi@yahoo.com title: IMPLIKASI KEPEMIMPINAN PENGETUA, KEPUASAN KERJA GURU DAN PENGAJARAN BERKESAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR ispublished: pub subjects: L1 full_text_status: public keywords: Kepimpinan pengajaran, kepuasan kerja guru abstract: Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepemimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran berkesan guru terhadap pembelajaran pelajar. Kajian juga turut mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja guru dan pengajaran berkesan guru terhadap pembelajaran pelajar. Seterusnya kajian juga turut mengenal pasti pengaruh kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran berkesan guru terhadap pembelajaran pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan sampel dengan jumlah sampel kajian seramai 361 orang dalam kalangan guru di sekolah menengah luar bandar di Sarawak. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi untuk menguji pengaruh kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran berkesan guru terhadap pembelajaran pelajar. Oleh itu, analisis regresi berganda melalui perisian komputer 'Statistical Package for Social Science' versi 17 (SPSS for window) digunakan untuk penganalisisan data. Hasil kajian menunjukkan terdapat pengaruh kepemimpinan pengajaran pengetua (13=.097, p=.001), kepuasan kerja guru (/3=.067, p=.001) dan pengajaran berkesan guru (13=.041, p=.001) terhadap pembelajaran pelajar. Hal ini bermakna varians (R2) peramal kepemimpinan pengajaran pengetua menyumbang pengaruh sebanyak 3 peratus terhadap pembelajaran pelajar. Manakala peramal kepuasan kerja guru menyumbang pengaruh sebanyak 10 peratus dan pengajaran berkesan guru menyumbang pengaruh sebanyak 4 peratus terhadap pembelajaran pelajar. Keputusan ujian juga menunjukkan variabel kepuasan kerja guru adalah penentu tertinggi berbanding kepemimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran berkesan guru terhadap pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, gagasan kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran berkesan guru perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pembelajaran pelajar di sekolah menengah luar bandar. date: 2013 date_type: published publication: Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 95-112 refereed: TRUE issn: 9789670504063 official_url: http://www.iab.edu.my/ citation: Abdul Jawi, Abnoh Sawi and Mohd. Yusof, Abdullah and Usang, Ngrambang (2013) IMPLIKASI KEPEMIMPINAN PENGETUA, KEPUASAN KERJA GURU DAN PENGAJARAN BERKESAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 95-112. ISSN 9789670504063 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/430/1/10122014083449.pdf