%0 Journal Article %@ 9789670504063 %A Abdul Ghani Kanesan, Abdulah %A Anandan , Kuppan %D 2013 %F iab_repo:431 %I Institut Aminuddin Baki %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 %K Kepimpinan Transformasi; Kepimpinan Pengajaran; Efikasi Kolektif; Pembelajaran Pelajar. %P 113-132 %T PENGARUH KEPIMPINAN PENTADBIR SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR: PERANAN EFIKASI KOLEKTIF GURU SEBAGAI MEDIATOR %U http://eprints.iab.edu.my/v2/431/ %X Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan pentadbir sekolah terhadap efikasi kolektif guru den pembelajaran pelajar. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada efikasi kolektif guru menjadi mediator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran pentadbir sekolah dengan pembelajaran pelajar. Seramai 320 orang guru dipilih secara rawak dari sekolah menengah kebangsaan harian biasa di Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang untuk menjadi responden kajian ini. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi dari instrumen yang digunakan oleh Leithwood dan Jantzi (1999); Ross dan Gray (2006); Kursunoglu dan Tanriogen (2009); Leithwood, Patten dan Jantzi (2010). Data kajian dianalisis dengan menggunakan AMOS 18. Keputusan analisis SEM (Structural Equation Modeling) menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi (P=0.23, p<0.01) dan kepimpinan pengajaran (f3=0.19, p<0.01) memberi kesan secara positif terhadap efikasi kolektif guru dengan menjelaskan sejumlah 47% varians. Selain itu, kepimpinan transformasi (p=0.19, p<0.01), kepimpinan pengajaran (13=0.28, p<0.01) dan efikasi kolektif guru (13=0.30, p<0.01) memberi kesan langsung yang positif terhadap pembelajaran pelajar dengan menyumbang sebanyak 44% varians. Manakala efikasi kolektif guru bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan,antara kepimpinan transformasi dengan pembelajaran pelajar dan bertindak sebagai mediator penuh terhadap hubungan antara kepimpinan pengajaran dengan pembelajaran pelajar. Daripada segi implikasinya kajian ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir sekolah harus menitikberatkan amalan kepimpinan transformasi di samping kepimpinan pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru-guru pula harus berusaha membentuk keyakinan pengajaran yang dikongsi bersama bagi membantu pembelajaran pelajar.