TY - JOUR AV - public TI - SISTEM SOKONGAN DALAM MEMBANGUNKAN PEMIMPIN SEKOLAH: TINJAUAN TERHADAP PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA JF - Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 SP - 233 KW - Sistem Sokongan KW - Pengetua/ Guru Besar KW - Novis A1 - Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam A1 - Mohammed Sani, Ibrahaim A1 - Mohd Izham, Mohd Hamzah N2 - Sistem sokongan merupakan elemen penting dalam membantu kejayaan seorang pemimpin sekolah. Sistem sokongan yang efektif dapat menyokong kecemerlangan pemimpin sekolah berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks. Tinjauan mendapati masih banyak negara kurang memfokuskan sistem sokongan bagi membantu pengetua dan guru besar novis dalam memimpin sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem sokongan yang diperlukan oleh pengetua dan guru besar novis di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan sistem mentoran atau sokongan rakan sejawat, latihan prakepengetuaan dan latihan pembangunan profesional yang berterusan, sokongan JPN dan PPD serta peluang pendedahan ilmu-iimu pendidikan dari dalam dan luar negara secara berterusan merupakan sokongan yang amat penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme pengetua dan guru besar dalam memimpin sekolah. Sistem sokongan yang mantap dapat membantu keupayaan pengetua dan guru besar dalam memimpin sekolah dengan lebih berkesan. Justeru, sistem sokongan yang holistik amat penting dalam menyumbang kecemerlangan pengetua dan guru besar dalam membangunkan sekolah dengan berkesan. Di samping sokongan padu semua pihak di KPM iaitu di bahagian, JPN dan PPD secara langsung dapat membantu pemimpin sekolah membina pendidikan yang berkualiti. Y1 - 2013/// PB - Institut Aminuddin Baki UR - http://www.iab.edu.my/ ID - iab_repo436 SN - 9789670504063 EP - 246 ER -