@article{iab_repo437, pages = {247--268}, author = {Moidunny Kamaruzaman and Syed Imam Shariffah Sebran Jamila and Bishen Singh Gurcharan Singh and Abbu Bakri Edaris and Raja Abdul Aziz Raja Rafidah Hanim and Osman Mohamed Salina Hanum and Ah Kit Lee and Suprammaniam Sathiyabama}, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 }, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, year = {2013}, title = {KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) MOD BAHARU 2011 }, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/437/}, keywords = {Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL); Reaksi Peserta; Mod Baharu}, abstract = {Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenall sebagai NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki ini memakan masa lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2011 bagi mod baharu, seramai 117 orang, terhadap sepuluh aspek iaitu akses Internet, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus, pentaksiran sebelum dan selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item berkaitan kemudahan dan kepantasan Internet di 1AB dan di rumah. Bahan pelajaran terbahagi kepada dua komponen iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada tujuh modul iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, lnstruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 63 orang peserta menunjukkan kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Namun begitu, perkara berkaitan akses internet mendapat reaksi pada tahap yang sederhana. } }