relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/437/ title: KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) MOD BAHARU 2011 creator: Kamaruzaman, Moidunny creator: Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam creator: Gurcharan Singh, Bishen Singh creator: Edaris, Abbu Bakri creator: Raja Rafidah Hanim, Raja Abdul Aziz creator: Salina Hanum, Osman Mohamed creator: Lee, Ah Kit creator: Sathiyabama, Suprammaniam subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenall sebagai NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki ini memakan masa lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2011 bagi mod baharu, seramai 117 orang, terhadap sepuluh aspek iaitu akses Internet, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus, pentaksiran sebelum dan selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item berkaitan kemudahan dan kepantasan Internet di 1AB dan di rumah. Bahan pelajaran terbahagi kepada dua komponen iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada tujuh modul iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, lnstruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 63 orang peserta menunjukkan kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Namun begitu, perkara berkaitan akses internet mendapat reaksi pada tahap yang sederhana. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2013 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/437/1/10122014083719.pdf identifier: Kamaruzaman, Moidunny and Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam and Gurcharan Singh, Bishen Singh and Edaris, Abbu Bakri and Raja Rafidah Hanim, Raja Abdul Aziz and Salina Hanum, Osman Mohamed and Lee, Ah Kit and Sathiyabama, Suprammaniam (2013) KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) MOD BAHARU 2011. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-19 2012 . pp. 247-268. ISSN 9789670504063 relation: http://www.iab.edu.my/