%0 Book %A Zakiah , Hj Ahmad %A Wan Othman Kamal , Wan Yusof %A Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam %A Gurcharan Singh, Bishen Singh %A Salina Hanum, Osman Mohamed %A Ah Kit, Lee %A Asiah, Yaccob Khan %A Thanabal, M. Palanisamy %A Siti Monazairin, Jelani %A Halijah, Ariffin %A Kamaruzzaman, Ayob %A INSTITUT AMINUDDIN BAKI, %B - %C Malaysia %D 2014 %E Kamaruzaman , Moidunny %E Jamilaa Bibi, Abdullah %E Aziah , Samichan %F iab_repo:441 %I INSTITUT AMINUDDIN BAKI %K NPQEL Menjana Kepimpinan Masa Hadapan Mengilap Permata kajian 2011 Institut Aminuddin Baki pembelajaran kursus %N - %T NPQEL, Menjana Kepimpinan Masa Hadapan - Mengilap Permata %U http://eprints.iab.edu.my/v2/441/ %V - %X Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders - NPQEL) yang melibatkan calon terpilih dalam kalangan pemimpin pelapis pendidikan dari seluruh negara telah berjaya menambah baik amalan pengurusan dan kepimpinan mereka di sekolah. Seperti asalnya permata, calon peserta program NPQELmelalui beberapa proses taksiran. Calon yang mencapai kualiti, dipilih dan digilap secara blended learning melalui modul terancang. Sesi bersemuka dan e-Pembelajaran merupakan ruang bagi peserta memperoleh sebanyak mungkin pengetahuan dan kemahiran. Ujian pra dan ujian pasca terhadap perlaksanaan latihan menunjukkan mereka lebih menyerlah dari aspek pengetahuan dan kefahaman, kemahiran, kecekapan, pengurusan strategik serta amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan yang berkesan selepas mengikuti latihan NPQEL. Proses gilapan kepemimpinan peserta NPQEL diperkukuh melalui Program Penandaarasan dan Program Sandaran yang memberi keyakinan dan keberanian kepada pemimpin pelapis untuk membuat penambahbaikan. Ibarat permata, kilauan lulusan NPQEL terserlah apabila mereka kembali ke sekolah. Kajian impak yang meneroka secara kualitatif persepsi superordinate dan subordinat berkenaan amalan lulusan NPQEL, menunjukkan mereka lebih efisien dalam menjalankan tugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid setelah mendapat latihan NPQEL. Lulusan NPQEL terus menyinar dan menjadi suri teladan kepada pengetua atau guru besar dan rakan sejawat di sekolah. Hasil kajian yang dipaparkan dalam buku ini membuktikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pemimpin pelapis dari tahap sederhana ke tahap sangat tinggi selepas latihan. Proses gilapan pemimpin pendidikan selama lima bulan ini telah menghasilkan perubahan yang positif dalam kalangan peserta. Hal ini menunjukkan bahawa latihan NPQEL telah berjaya mewujudkan peningkatan tahap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam kalangan barisan pemimpin pelapis dan pengurus pendidikan. Keberkesanan NPQEL mendokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), iaitu memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.