TY - CHAP TI - Kepimpinan Teknologi Pendidikan Dalam Kurun Ke-21 : Cabaran Untuk Pemimpin Dan Pentadbir Sekolah ED - Lim, Siew Ngen ED - Mohamad, Kamran ED - Karim, Maimunah SP - 3 N2 - Teknologi daripada awal lagi telah merubah cara guru mengajar dan murid belajar dari penggunaan tablet papan batu hinggalah kepada penggunaan tablet komputer seperti Ipad atau Samsung. Bagaimana pengetua atau gurubesar harus menghadapi perkembangan teknologi yang begitu pesat yang mempengaruhi ledakan maklumat dan kompleksiti pedagogi yang digunakan dalam kurun ke-21? Pemimpin dan pengurus sekolah harus bertanggungjawab menghadapi perubahan ini. Adakah sekolah harus menyediakan satu plan teknologi untuk melaksana dan mengintegrasikan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran agar dapat membawa masyarakat pendidik dan pelajar sekolah ke Zaman Digital? Dalam pendidikan guru, model TPACK (Koehler & Mishra, 2008) diberi tumpuan untuk menghasilkan guru yang berupaya mengintegrasikan teknologi, kandungan dan pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini juga, akan membincangkan Lima Standard Nasional Teknologi Pendidikan atau National Educational Technology Standards (NETS, 2009) untuk pentadbir sekolah yang telah dikemukakan oleh International Society of Technology Education (ISTE), Amerika.. Di samping itu, dapatan kajian penggunaan teknologi pendidikan di kalangan pengetua atau gurubesar menggunakan Technology Standards for School Administrators (TSSA) (2001) akan dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan peratus keseluruhan bagi enam standard ini adalah 76.6% (sederhana tinggi.) Dari enam standard ini sokongan tertinggi bagi pengetua atau gurubesar adalah dalam Standard Pembelajaran dan Pengajaran (86.4%) diikuti oleh Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional (77.7%), Produktiviti dan Amalam Profesional (76.9%), Isu Sosial, Perundangan dan Etika (76.9%), dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3%). Manakala standard yang terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (66.5%). Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi instruksional di sekolah. Sebagai penutup, satu soalan tentang pentaksiran standard teknologi berasaskan NETS (2002) telah disediakan untuk menilai standard teknologi di sekolah. PB - INSTITUT AMINUDDIN BAKI SN - 9789670504216 AV - public T2 - PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013 M1 - II KW - Kepimpinan Teknologi Pendidikan Dalam Kurun Ke-21 : Cabaran Untuk Pemimpin Dan Pentadbir Sekolah kompleksititablet papan pedagogi PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN CY - Malaysia A1 - Hashim, Yusup Y1 - 2014/12/31/ UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/445/ ID - iab_repo445 EP - 27 ER -