%A Wan Mohd Rosdi Wan Dollah %X Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan menyediakan kelengkapan dari segi infrastruktur dan piawaian, kursus kepimpinan dan koordinasi, mewujudkan harta intelektual, menyediakan polisi dan perundangan, melaksanakan penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mewujudkan sumber manusia dan pembudayaan ke arah pengurusan perubahan. JPA telah merangka pelbagai aplikasi bersepadu secara online yang mengutamakan perkhidmatan untuk rakyat. Dalam rangka kerja ICT sektor awam telah menggariskan visi strategik ICT ke arah perkhidmatan berfokuskan rakyat dan pendekatan keseluruhan kerajaan menerusi penggunaan ICT secara meluas.Fokus urus tadbir ICT sektor awam adalah kepada bidang pendidikan, perniagaan, kerajaan dan rakyat menerusi aplikasi SMS, wap, web, IVR, teknologi mudah alih, kaunter, e-mel dan media baharu. Melalui aplikasi ini JPA telah menyediakan beberapa saluran penyampaian seperti portal myGovernment, national single window dan portal agensi. Semua saluran penyampaian ini menggunakan laluan perkhidmatan atas talian. Kemudahan yang disediakan oleh JPA ini adalah untuk mewujudkan hab pengurusan ilmu bagi menyediakan sumber manusia ke arah persekitaran pemboleh daya. Dalam sektor pendidikan, JPA menyediakan saluran untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), penilaian dan pengurusan pentadbiran(PdT). %D 2014 %C Malaysia %K PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN pengurusan pentadbiran my Government %I INSTITUT AMINUDDIN BAKI %L iab_repo446 %V II %T PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN %E Siew Ngen Lim %E Shahrin Alias %E Ahmad Azuan Zainuddin %P 29-36 %B PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013