<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . . "KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN\r\nPEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA\r\nKOTA KINABALU"^^ . "Antara fungsi penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah dalam era\r\nteknologi maklumat ini, ialah peranan pemimpin serta pentadbir-pentadbir sekolah dalam\r\nmerealisasikan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membudayakan penggunaan ICT\r\ndalam kalangan warga sekolah. Seseorang pemimpin itu haruslah bijak memimpin serta\r\nmenjadi contoh dan teladan kepada seluruh staf di bawah pimpinannya, mampu memperoleh\r\ndukungan daripada staf bawahan sehingga menggerakkan ahli-ahli bawahannya ke arah\r\npencapaian organisasi. Dalam konteks ini, SMK Bandaraya Kota Kinabalu (SMKBKK)\r\nmerupakan contoh kes dalam perbincangan ini. Kertas kerja ini bertujuan berkongsi usahausaha\r\nyang dilaksanakan oleh pihak pentadbir secara kolaboratif dalam memantapkan\r\ndan meningkatkan pembudayaan ICT di SMKBKK. Perbincangan dalam kertas kerja\r\nini memperlihatkan penggabungjalinan aplikasi teori Kepimpinan Kolaboratif dan teori\r\n‘Distributed / Distributive Leadership’. Perbincangan bermula dengan huraian pelbagai\r\ncabaran dalaman dan luaran di SMKBKK yang perlu diharungi oleh Pengetua, Ketua\r\nBidang Teknologi dan Vokasional dan Guru Penyelaras Bestari sekolah. Namun begitu,\r\ndengan misi ingin melaksanakan pembelajaran berkualiti secara berterusan dalam satu\r\npasukan, pihak kami tetap berusaha mengemudikan SMKBKK ke arah melestarikan\r\npembudayaan ICT sehingga mencapai tahap lima bintang ICT dalam penilaian SSQS\r\n(Smart Schools Qualification Standards). Usaha ini terus dimantapkan untuk memastikan\r\nmarkah pencapaian SSQS meningkat secara berterusan. Ini terbukti apabila SMKBKK\r\nberjaya mencapai peningkatan dalam skor SSQS iaitu, 2010: 81.0%; 2011: 86.0% dan\r\n2012: 90.80 %. Dalam usaha melestarikan pembudayaan ICT di sekolah, salah satu aspek\r\nlagi yang membanggakan warga SMKBKK ialah kesanggupan kami memperluaskan\r\nbudaya ICT sehingga ke peringkat komuniti ibu bapa di kampung-kampung iaitu tempat\r\ntinggal para pelajar SMKBKK melalui Program Outreach sekolah. Untuk memperolehi\r\ndata, metodologi yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif yang berasaskan\r\ntinjauan rawak. Seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar telah dipilih untuk mengkaji\r\ntahap penggunaan ICT di sekolah serta isu-isu yang dihadapi. Instrumen yang digunakan\r\nadalah soal selidik SSQS dan kaedah temuduga berstruktur. Hasil temuduga dengan lima\r\norang guru dan lima orang pelajar menunjukkan bahawa sungguhpun masih terdapat\r\nkekangan-kekangan yang menjejaskan perkembangan budaya ICT di SMKBKK, namun\r\nsumber tenaga manusia, sumber ICT serta pelbagai sumber yang sedia ada dioptimumkan\r\nuntuk mencapai matlamat pembudayaan ICT."^^ . "2014-12-31" . . . "iab"^^ . . "iab"^^ . . . . . . . . . . . "Siew Ngen"^^ . "Lim "^^ . "Siew Ngen Lim "^^ . . "Shirley Tay Siew"^^ . " Hong"^^ . "Shirley Tay Siew Hong"^^ . . "IAB"^^ . . . . . . . "KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN\r\nPEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA\r\nKOTA KINABALU (PDF)"^^ . . . . . . "kepimpinan_kolebratif.pdf"^^ . . . "KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN\r\nPEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA\r\nKOTA KINABALU (Image (JPEG))"^^ . . . . . . "preview.jpg"^^ . . "HTML Summary of #450 \n\nKEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN \nPEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA \nKOTA KINABALU\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .