@incollection{iab_repo451, author = { Siew Ngen Lim}, pages = {95--105}, editor = {Siew Ngen Lim and Kamran Mohamad}, title = {KOMPETENSI ICT PEMIMPIN SEKOLAH}, publisher = {Idaman Print Sdn Bhd}, year = {2014}, booktitle = {prosiding kolokium ict}, address = {kuala lumpur}, abstract = {Laporan Kajian SchoolNet dan Peranan ICT dalam Pendidikan yang dilaksanakan oleh Boston Consulting Group (BCG) menyatakan bahawa tahap literasi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah adalah rendah. Laporan tersebut telah mencadangkan inisiatif ?ensure that Principals are minimally ICT literate and users of ICT?. Cadangan yang disarankan ialah memberikan latihan bagi memastikan pemimpin sekolah mempunyai tahap literasi ICT yang bersesuaian. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah. Dapatan kajian juga digunakan sebagai input untuk mengkaji semula kurikulum latihan pada masa akan datang. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas seramai 211 orang pemimpin sekolah di enam buah pejabat daerah pelajaran yang terpilih dengan menggunakan instrumen yang dibangunkan. Instrumen Kompetensi ICT Pemimpin Sekolah telah digubal untuk meninjau persepsi responden tentang tahap kompetensi ICT mereka. Kompetensi ICT pemimpin sekolah ditinjau dalam enam domain iaitu dasar dan kepimpinan, pembudayaan ICT dalam organisasi, pengetahuan dan kemahiran ICT, pengurusan dan pentadbiran ICT, pembangunan keupayaan ICT organisasi; serta isu sosial, perundangan dan etika ICT. Pada keseluruhannya, responden berpendapat bahawa tahap kompetensi ICT mereka berada pada tahap tinggi bagi keenam-enam domain dengan min antara 3.79 hingga 3.90. Namun jika dilihat secara mendalam, terdapat tahap sederhana dalam dua indikator tertentu iaitu pengetahuan dan kemahiran prisian produktiviti, serta kerjasama pintar. Dapatan tinjauan ini dicadangkan menjadi satu asas untuk meneruskan kajian ke atas ke semua pemimpin sekolah bagi mendapatkan gambaran yang sebenar kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/451/}, keywords = {kompetensi ict kepimpinan teknologi} }