eprintid: 451 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 453 dir: disk0/00/00/04/51 datestamp: 2015-04-16 01:14:08 lastmod: 2015-04-16 01:14:08 status_changed: 2015-04-16 01:14:08 type: book_section metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Lim, Siew Ngen corp_creators: iab title: KOMPETENSI ICT PEMIMPIN SEKOLAH ispublished: pub subjects: L1 divisions: JPP full_text_status: public keywords: kompetensi ict kepimpinan teknologi abstract: Laporan Kajian SchoolNet dan Peranan ICT dalam Pendidikan yang dilaksanakan oleh Boston Consulting Group (BCG) menyatakan bahawa tahap literasi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah adalah rendah. Laporan tersebut telah mencadangkan inisiatif “ensure that Principals are minimally ICT literate and users of ICT”. Cadangan yang disarankan ialah memberikan latihan bagi memastikan pemimpin sekolah mempunyai tahap literasi ICT yang bersesuaian. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah. Dapatan kajian juga digunakan sebagai input untuk mengkaji semula kurikulum latihan pada masa akan datang. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas seramai 211 orang pemimpin sekolah di enam buah pejabat daerah pelajaran yang terpilih dengan menggunakan instrumen yang dibangunkan. Instrumen Kompetensi ICT Pemimpin Sekolah telah digubal untuk meninjau persepsi responden tentang tahap kompetensi ICT mereka. Kompetensi ICT pemimpin sekolah ditinjau dalam enam domain iaitu dasar dan kepimpinan, pembudayaan ICT dalam organisasi, pengetahuan dan kemahiran ICT, pengurusan dan pentadbiran ICT, pembangunan keupayaan ICT organisasi; serta isu sosial, perundangan dan etika ICT. Pada keseluruhannya, responden berpendapat bahawa tahap kompetensi ICT mereka berada pada tahap tinggi bagi keenam-enam domain dengan min antara 3.79 hingga 3.90. Namun jika dilihat secara mendalam, terdapat tahap sederhana dalam dua indikator tertentu iaitu pengetahuan dan kemahiran prisian produktiviti, serta kerjasama pintar. Dapatan tinjauan ini dicadangkan menjadi satu asas untuk meneruskan kajian ke atas ke semua pemimpin sekolah bagi mendapatkan gambaran yang sebenar kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah. date: 2014 publisher: Idaman Print Sdn Bhd place_of_pub: kuala lumpur pagerange: 95-105 pages: 10 refereed: TRUE isbn: 978-967-0504-21-6 book_title: prosiding kolokium ict editors_name: Lim , Siew Ngen editors_name: Mohamad, Kamran citation: Lim, Siew Ngen (2014) KOMPETENSI ICT PEMIMPIN SEKOLAH. In: prosiding kolokium ict. Idaman Print Sdn Bhd, kuala lumpur, pp. 95-105. ISBN 978-967-0504-21-6 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/451/1/kompetensi_ict.pdf