eprintid: 457 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/04/57 datestamp: 2015-06-30 01:11:53 lastmod: 2015-06-30 01:11:53 status_changed: 2015-06-30 01:11:53 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Aniza, Baharuddin creators_name: Zaidatol Akmaliah, Lope Pihie title: AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN DAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI SEKOLAH ispublished: pub subjects: L1 full_text_status: public keywords: AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN DAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI SEKOLAH abstract: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti perbezaan dalam tahap amalan kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan transformasional pengetua mengikut kumpulan prestasi sekolah iaitu kumpulan sekolah prestasi tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini menggunakan kaedah korelasi kuantitatif melibatkan sampel yang terdiri daripada 309 orang guru daripada dua puluh empat buah sekolah menengah harian biasa di negeri Pahang Darul Makmur. Kerangka kajian diasaskan kepada Model Kepemimpinan Pengajaran Hallinger dan Murphy (1985), Teori Transformasi Bass (1985) dan Ciri Sekolah Prestasi Tinggi oleh Shannon & Bylsma (2007). Data persepsi guru bagi penarafan kekerapan amalan kepemimpinan pengajaran pengetua diperoleh menggunakan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang telah diubahsuai daripada Latip (2006), manakala penarafan kekerapan kepemimpinan transformasional menggunakan soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ). Seterusnya data persepsi guru terhadap tahap persetujuan pencapaian ciri sekolah prestasi tinggi sekolah mereka diperoleh menggunakan soal selidik School Staff Survey of School Characteristics. Jenis kumpulan prestasi sekolah ditentukan melalui pencapaian band prestasi sekolah seperti yang dinilai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2009, 2010 dan 2011. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS-Versi 20.0. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap amalan kepemimpinan pengajaran dan transformasional pengetua kumpulan sekolah prestasi tinggi, sederhana dan rendah. Sekolah menunjukkan tahap pencapaian ciri sekolah prestasi tinggi yang jelas lebih baik apabila pengetua melaksanakan amalan kedua-dua kepemimpinan pengajaran dan transformsional pada tahap tinggi. Seterusnya kajian ini menunjukkan kedua-dua kepemimpinan pengajaran dan transformasional adalah berkolerasi secara positif dengan ciri sekolah prestasi tinggi. Rumusannya, kajian ini memperlihatkan bukti empirikal bahawa persetujuan guru terhadap pencapaian ciri sekolah prestasi tinggi sekolah mereka akan meningkat sekiranya pengetua mempamerkan kombinasi kedua-dua amalan kepemimpinan pengajaran dan transformasional pada tahap tinggi. date: 2014-12-01 date_type: published publication: Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan volume: 28 number: 2 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 107-121 refereed: TRUE issn: 1511-4147 official_url: http://www.iab.edu.my/ citation: Aniza, Baharuddin and Zaidatol Akmaliah, Lope Pihie (2014) AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN DAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI SEKOLAH. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 28 (2). pp. 107-121. ISSN 1511-4147 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/457/1/artikel_5-Inlay_Jurnal-3-JUN_2015.pdf.pdf