TY - JOUR Y1 - 2014/12/01/ A1 - Aznizam, Mohd Nor A1 - Mohd Rizal, Atan A1 - Mohd Fariz Sunaidi, Md Zuki A1 - Supian, Hashim EP - 149 UR - http://www.iab.edu.my/ ID - iab_repo458 JF - Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan AV - public IS - 2 KW - AMALAN KEPIMPINAN MENCAPAH GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH N2 - Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar dan tahap komitmen kerja guru sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan komitmen kerja guru berdasarkan jantina guru, umur guru dan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 120 orang guru daripada lima belas buah sekolah rendah kawasan Gemencheh, Negeri Sembilan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat. Instrumen kajian telah diuji dengan skala Alpha Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu amalan kepimpinan mencapah guru besar (0.834) dan komitmen kerja guru (0.885). Data dianalisis menggunakan program Statistical Package For The School Science (SPSS) Version 20.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, ujian? t, ANOVA dan kolerasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar adalah tinggi, tetapi komitmen kerja guru pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komitmen kerja guru berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan di antara tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar dengan komitmen kerja guru. Beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan. PB - Institut Aminuddin Baki VL - 28 SN - 1511-4147 TI - AMALAN KEPIMPINAN MENCAPAH GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH SP - 123 ER -