%J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %P 123-149 %N 2 %T AMALAN KEPIMPINAN MENCAPAH GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH %L iab_repo458 %V 28 %I Institut Aminuddin Baki %K AMALAN KEPIMPINAN MENCAPAH GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH %D 2014 %A Mohd Nor Aznizam %A Atan Mohd Rizal %A Md Zuki Mohd Fariz Sunaidi %A Hashim Supian %X Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar dan tahap komitmen kerja guru sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan komitmen kerja guru berdasarkan jantina guru, umur guru dan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 120 orang guru daripada lima belas buah sekolah rendah kawasan Gemencheh, Negeri Sembilan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat. Instrumen kajian telah diuji dengan skala Alpha Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu amalan kepimpinan mencapah guru besar (0.834) dan komitmen kerja guru (0.885). Data dianalisis menggunakan program Statistical Package For The School Science (SPSS) Version 20.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, ujian— t, ANOVA dan kolerasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar adalah tinggi, tetapi komitmen kerja guru pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komitmen kerja guru berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan di antara tahap amalan kepimpinan mencapah guru besar dengan komitmen kerja guru. Beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.