@book{iab_repo462, title = {ISO 9000 : PEMANGKIN LONJAKAN ORGANISASI}, editor = {Wan Din Wan Ghazali and Yaacob Ramli and Samichan Aziah}, year = {2014}, address = {Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan}, author = {Azizan Mahathir Fansuri}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, abstract = {Penyelesaian cabaran-cabaran dunia pendidikan yang dinamik tidak terbatas diselesaikan dengan ilmu pendidikan sahaja. Amalan terbaik daripada pelbagai bidang dapat melengkapi diri kita dalam mengharungi kompleksiti dunia pendidikan masa kini. Pelbagai displin limu dalam pelbagai bidang telah pun diperkenalkan dalam ilmu kepimpinan pendidikan seperti bidang perniagaan (Strategi Lautan Biru, Perancangan Strategik) dan industri (Pengurusan Mutu Menyeluruh, ISO 9001 : 2008, Penandaarasan). Pendekatan displin ilmu luar daripada bidang pendidikan hanya akan berjaya jika kita bukan sahaja mempunyai kemahiran praktikal (know how) bagaimana melaksanakannya, tetapi kita juga perlu mengetahui kefahaman (know why) mengapa kita perlu melaksanakannya. Pelaksanaan sesuatu dasar berkesan jika anggota organisasi sedar dan menghargai keperluan perubahan yang dibuat. Berdasarkan Teori Perubahan Lewin, kesedaran dan kerelaan anggota organisasi merupakan langkah pertama yang perlu dilaksanakan untuk perubahan. Kesedaran akan timbul jika keberkesanan ISO 9000 ditonjolkan, sekaligus menghapuskan tanggapan negatif terhadap ISO 9000 yang biasanya dianggap menyusahkan sahaja. Buku ini ditulis bertujuan bukan sahaja memberi kefahaman yang jelas mengenai ISO 9000, malahan mencadangkan amalan praktikal untuk kecemerlangan organisasi. Buku ini mencadangkan pelbagai alat kualiti dan pengurusan dan amalan terbaik yang diamalkan di banyak sektor seperti perniagaan, pendidikan dan sukan, namun sesuai diamalkan di semua bidang sebagai panduan bersama. Penulis ingin membuka minda pembaca agar melihat ISO 9000 bukan hanya pada dokumentasi dan pensijilan, tetapi memahami ISO 9000 secara menyeluruh. Dokumentasi hanyalah salah satu alat mengawal proses dalam ISO 9000. Gerak kerja menyeluruh seluruh organisasi dalam memenuhi kehendak pelanggan yang paling utama. Pensijilan pula bukanlah matlamat akhir pelaksanaan ISO 9000, tetapi ianya adalah bonus tambahan selepas organisasi mendapat faedah peningkatan prestasi dengan mengamalkan ISO 9000. Buku ini ditulis berpandukan standard-standard, laporan-laporan teknikal, pekeliling-pekeliling kerajaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, jurnal-jurnal, artikel-artikel, buku-buku dan nota-nota Institut Aminuddin Baki. Di samping penggunaan bahasa yang mudah difahami, buku ini ditulis khusus untuk pemimpin-pemimpin pendidikan di setiap lapisan sama ada di bahagian mahupun sekolah bagi memahami ISO 9000 dan melaksanakannya dengan betul dan berkesan. Buku ini juga boleh dibaca oleh setiap lapisan masyarakat kerana ISO 9000 sendiri bersifat universal, boleh dipraktikkan di mana-mana bidang.}, keywords = {ISO 9000 PEMANGKIN LONJAKAN ORGANISASI}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/462/} }