relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/489/ title: KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH creator: Faridah, Juraime creator: Mohd. Izham, Mohd.Hamzah subject: L Education (General) description: Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut kini menjadi semakin penting. Kepentingan kemahiran ICT ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pengurusan sekolah. Penulisan ini membincangkan amalan kepimpinan teknologi pengetua melalui lima dimensi kepimpinan teknologi yang dikemukakan oleh ISTE NETS-A 2009 iaitu kepimpinan berwawasan (Visionary Leadership); budaya pembelajaran era digital (digital-age learning culture); kecemerlangan amalan profesional (excellent in professional practice); penambahbaikan menyeluruh (systemic improvement); dan Warga Digital (Digital Citizenship). Seterusnya, penulisan ini akan membincangkan tentang peranan dan strategi yang boleh digunakan oleh pengetua sebagai pemimpin teknologi dalam mengimplimentasikan teknologi ICT terutamanya dalam pengurusan sekolah. Antara peranan yang boleh dilakukan oleh pengetua adalah dalam aspek perubahan dalam pendidikan iaitu infrastruktur, struktur organisasi dan polisi, pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya budaya sekolah manakala strategi yang boleh digunakan pula antaranya ialah role model, mempromosi dan akhirnya mencipta peluang. Akhirnya, penulisan ini turut membincangkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh para pengetua dalam menjalankan peranan sebagai pemimpin teknologi antaranya ialah tiada sikap keterbukaan tentang teknologi dalam kalangan staf dan kekurangan pengupayaan kepimpinan. Kesimpulannya, untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam pengurusan sumber dan teknologi, seorang pengetua sekolah perlulah bersikap pragmatis, bertanggungjawab, dedikasi, bermotivasi dan berketrampilan. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2015 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/489/1/324.pdf identifier: Faridah, Juraime and Mohd. Izham, Mohd.Hamzah (2015) KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH. PROCEEDINGS 3rd REGIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL LEADERSHIP AND MANAGEMENT. pp. 324-334. relation: http://www.iab.edu.my