TY - JOUR SP - 344 KW - Model Konstruktivisme KW - pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu JF - PROCEEDINGS 3rd REGIONAL CONFERENCE ON EDUCATIONAL LEADERSHIP AND MANAGEMENT AV - public TI - PENGGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU EP - 354 UR - http://www.iab.edu.my ID - iab_repo492 N2 - Artikel ini berasaskan satu kajian kuasi eksperimen yang dijalankan ke atas Bacelor Pendidikan bahasa Melayu semester 5 dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu.Model ini mempunyai lima fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Sampel kajian dipilih daripada 2 kumpulanbahasa Melayu semester 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kebolehan sampel adalah setara dari segi pencapaian akademik. Pelajar daripada kumpulan A ialah Kumpulan Eksperimen dan telah diajar secara terancang selama enam minggu dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dan pelajar daripada kumpulan B pula ialah Kumpulan Kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Antara dapatan kajian yang menarik ialah pengajaran dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham(1987) dapat meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan dalam mata pelajaran bahasa Melayu berbanding pencapaian subjek Kumpulan Kawalan.Selain itu, didapati minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap mata pelajaranbahasa Melayu turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987). Y1 - 2015/// PB - Institut Aminuddin Baki A1 - Norul Haida, Hj. Reduzan ER -