%0 Journal Article %@ 1511-4147 %A Lokman , Mohd Tahir %A Robiah, Sidin %A Hamidon, A. Rahman %A Institut Aminuddin Baki, %D 2008 %F iab_repo:50 %I Institut Aminuddin Baki %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %K orientasi kepimpinan; pengetua; stail kepimpinan %N 02 %P 1-17 %T PENGARUH CIRI LATAR BELAKANG TERHADAP ORIENTASI KEPEMIMPINAN PENGETUA %U http://eprints.iab.edu.my/v2/50/ %V 18 %X Kajian kepemimpinan terutamanya yang berkait dengan bidang kepengetuaan sering mengaitkan kepemimpinan pengetua dengan pemboleh ubah yang lain dalam mengukur keberkesanan proses kepimpinan di sekolah. Bagaimanapun, dalam meneliti peranan kepemimpinan, masih kurang kajian yang terperinci tentang faktor penyumbang, penyebab mahupun peramal signifikan kepada pemilihan stall kepimpinan oleh pihak pentadbir. Dalam meneliti faktor peramal kepada pomilihan stall kepemimpinan, ciri latar belakang ataupun demografi seperti jantina, pengalaman mentadbir, latihan pengurusan yang pernah dihadiri, jenis sekolah yang ditadbir merupakan sebahagian daripada pemboleh ubah yang dianggap mempengaruhi gaya, strategi mahupun tindakan keppemimpinan pengetua. Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian yang menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam kepemimpinan pengetua berdasarkan faktor latar belakang serta sejauh mana faktor latar belakang menjadi penyumbang signifikan terbadap pomilihan orientasi kepemimpinan mereka di sekolah. Responden kajian ini adalah pengetua sekolah menengah daripada lima jenis sekolah menengah. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik inferensi dan tidak berparameter. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan dalam amalan kepemimpinan pengetua dan faktor jenis sekolah adalah faktor penentu utama dalam pemilihan orientasi kepemimpinan pengetua.