relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/504/ title: MERINTIS PERUBAHAN MEMPERKASA KEPIMPINAN subject: L Education (General) description: Buku ini merupakan himpunan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah IAB dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan sepanjang tahun 2012 hingga Februari 2014. Buku Merintis Perubahan Memperkasa Penyelidikan ini mengandungi lima kajian yang telah melalui beberapa tapisan iaitu kelulusan dalam Mesyuarat Lembaga Pengajian Institut Aminddin Baki (IAB) dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan IAB. Sebelum kajian-kajian ini diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengajian IAB, laporan kajian telah terlebih dahulu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan IAB melalui panel khas bagi menjaga kualiti dan mutu kajian-kajian yang dibentangkan. Laporan kajian di dalam buku ini disusun mengikut keperluan semasa dan relevan dengan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Ia mengandungi kajian keberkesanan Kursus pengurusan LINUS untuk Guru Besar (KPLUGB), kajian MBMMBI dan kajian Burnout serta dua kajian bertemakan ICT. Sejak program LINUS mula dilaksanakan di sekolah rendah, IAB terlibat melatih pemimpin sekolah bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mengurus Program LINUS secara berkesan di sekolah serta memastikan semua murid Tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi. IAB juga melaksanakan latihan bagi menyokong dasar MBMMBI dengan melatih pemimpin sekolah dalam kemahiran bahasa dan komunikasi. Justeru, kajian yang dijalankan sedikit sebanyak dapat menilai keberkesanan program latihan Jabatan Bahasa dan Komunikasi. Pengetahuan dan kemahiran kaunseling adalah penting kepada pemimpin sekolah. Justeru, untuk memastikan kecemerlangan sekolah, pemimpin perlu bebas daripada symptom burnout iaitu sindrom ketandusan emosi, depersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi yang berlaku akibat staf mengalami tekanan dan tidak mampu untuk berinteraksi dengan orang lain mereka dan persekitaran kerja mereka. Bertitik tolak dari itu, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling bagi melihat hubungan di antara burnout dengan demografi pemimpin sekolah. Dua kajian terakhir dalam buku ini adalah berkaitan dengan kompetensi literasi teknologi maklumat (TMK) dan ICT pemimpin sekolah. Ia telah memberikan banyak maklumat ke arah penambahbaikan struktur dan kaedah latihan ICT dan TMK di IAB. Akhir sekali, sidang editor berharap, buku ini dapat menjadi pencetus minda dan memberi manfaat kepada semua warga yang terlibat dengan bidang pendidikan dalam menjulang kecemerlangan organisasi. Sekian. bin binti Jaafar Ph.D bin Rashid @ Yaacob binti bin Swee Ngen bin publisher: Institut Aminuddin Baki contributor: Nik Mohd Fakhruddin, Nik Abd. Rahman contributor: Jamilah, Jaafar contributor: Md. Rahaimi, Rashid @ Yaacob contributor: Aziyah, Mohd Yusoff contributor: Mohd. Amir Shauki, Ahmad contributor: Lim, Swee Ngen contributor: Kamran, Mohamad contributor: Cheng, Lai Lian date: 2015 type: Book type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/504/2/COVER%20MERINTIS%20KAJIAN%206.pdf format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/504/1/artwork%20MERINTIS%20KAJIAN%2021.3.2015.pdf identifier: Nik Mohd Fakhruddin, Nik Abd. Rahman and Jamilah, Jaafar and Md. Rahaimi, Rashid @ Yaacob and Aziyah, Mohd Yusoff and Mohd. Amir Shauki, Ahmad and Lim, Swee Ngen and Kamran, Mohamad and Cheng, Lai Lian, eds. (2015) MERINTIS PERUBAHAN MEMPERKASA KEPIMPINAN. Institut Aminuddin Baki, Nilai, Negeri Sembilan. ISBN 978-967-0504-23-0 relation: http://www.iab.edu.my