relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/509/ title: KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA creator: Kannan, Sathiamoorthy subject: L Education (General) description: Kertas ini bertujuan untuk membincangkan peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin teknologi dalam mempromosikan serta membudayakan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP). Semua sekolah di Malaysia digalakkan untuk mengintegrasikan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping menyediakan para pelajar dan guru untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat dan komunikasi. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan ramai pemimpin sekolah berada pada tahap rendah berkaitan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi ICT dan mereka kurang selesa menjadi pemimpin dalam bidang teknologi. Mereka berkemungkinan tidak pasti tentang keberkesanan peranan pemimpin teknologi dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalan yang timbul ialah adakah pemimpin sekolah dapat menunjukkan kepimpinan teknologi yang berkualiti, dan apakah strategi-strategi yang boleh digunakan oleh mereka supaya berfungsi sebagai pemimpin teknologi di sekolah mereka. Nampaknya, faktor paling besar untuk menggerakkan jentera perubahan ini ke arah meningkatkan tahap integrasi ICT dalam kalangan guru adalah terletak pada kepimpinan teknologi oleh pengetua. Pemimpin sekolah adalah lebih tercabar untuk membuat perubahan positif, mempunyai visi dan matlamat yang jelas dan mudah dicapai, mengusahakan pembangunan profesional untuk guru-guru menguasai ICT dan seterusnya mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, sebagai pemimpin teknologi, pengetua sekolah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap aplikasi ICT dalam kalangan guru. Namun, untuk menjadi pemimpin teknologi yang berkesan, pengetua sekolah perlu menyedari peranan mereka selaku pemimpin teknologi dan mengamalkan strategi-strategi tertentu yang boleh meningkatkan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru. Selain itu, mereka memerlukan pendedahan tentang peranan baru ini serta latihan yang berfokus dan berterusan dalam bidang kepimpinan teknologi supaya mereka bukan sahaja dapat menguasai dan melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT bahkan mampu berfungsi sebagai pemimpin teknologi di sekolah mereka. Dalam kertas ini juga beberapa kajian tempatan yang berkaitan dengan kepimpinan teknologi turut dibincang. date: 2013 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/509/1/kepimpinan%20tekn%20pengetua.pdf identifier: Kannan, Sathiamoorthy (2013) KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA. PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013. pp. 65-80.