%T KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN JOOTA.COM DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF MURID %L iab_repo518 %J PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013 %P 133-143 %D 2013 %X Perkembangan media sosial di negara kita tidak dapat disangkal lagi. Media ini menjadi ikutan semua lapisan masyarakat sama ada oleh warga tua mau pun murid-murid sekolah. Kebanyakan media social yang wujud adalah tertumpu kepada hubungan manusia dengan manusia. Namun begitu, kajian terhadap joota.com melibatkan hubungan manusia dengan kurikulum. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap atau pola peningkatan pemikiran kritis dan kreatif apabila murid menggunakan media sosial joota.com dalam aktiviti pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara alas talian dan bersemuka kepada murid dari tiga buah sekolah rintis di negeri Selangor. Kaedah kualitatif digunakan bagi melihat interaksi atas talian, pemerhatian dan rekod-rekod catatan murid. Hasil daripada dapatan ini satu analisis data yang menunjukkan pola dan tema komunikasi murid atas talian dapat dibuat bagi tiga buah sekolah yang terlibat. %A Sajoli Masdor %K KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN JOOTA.COM DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF MURID