@article{iab_repo54, journal = {Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan}, month = {July}, author = {Mohd Tahir Lokman and Yassin M. Al-Muzammil and Lay Kah Chua }, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, title = {KEPERLUAN LATIHAN DAN KURSUS KEPADA GURU BESAR UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME }, year = {2009}, keywords = {persepsi; guru besar; profesionalisme; latihan}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/54/}, abstract = {Guru besar selaku individu yang menjadi tunjang utama kepada keberkesanan sesebuah sekolah sering didedahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai kursus dengan harapan mampu menjadikan individu yang berkompetensi dan cekap untuk menerajui sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam melaksanakan usaha ini, guru besar juga harus mengikuti pelbagai kursus pengurusan dan kepemimpinan sekolah yang pelbagai bermula apabila dilantik menjadi pentadbir di sekolah. Kajian ini dilaksanakan dengan hasrat meneliti persepsi guru besar tentang keperluan latihan berbentuk kursus yang pernah dihadiri oleh guru besar. Antara objektif kajian yang cuba dilihat adalah sejauh mana kursus yang pernah dihadiri memberi impak kepada kompetensi, jati diri mahupun perkembangan kerja mereka. Di samping itu, bentuk pemilihan guru besar yang menghadiri kursus tersebut malah bentuk kursus yang paling digemari oleh mereka. Kajian yang menggunakan kaedah temu bual ini telah dilaksanakan dalam kalangan guru besar. Hasil kajian mendapati bahawa guru besar yang ditemu bual merasa lebih yakin setelah mereka menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, mereka lebih menggemari kursus bentuk bengkel berbanding kuliah teori pengurusan.} }