relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/556/ title: SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI PEMBELAJARAN : HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ORGANISASI SEKOLAH DAN SIKAP TERHADAP PENGURUSAN creator: ZAINUDDIN, MUHD KHAIRILTITOV subject: LB Theory and practice of education description: Kertas ini melaporkan satu kajian (Muhd Khairiltitov, 2000) ke atas lima buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan tentang hubungan antara ciri-ciri pembelajaran organisasi sekolah dan sikap guru terhadap perfesion perguruan. Kajian ini mengukur tahap pembelajaran organisasi sekolah (school organizational learning) menggunakan instrument 21 item, “Organizational Learning Survey (OLS)” yang diubah suai daripada Goh dan Richard (1997). Sikap guru terhadap perguruan diukur melalui instrument 19 item yang dikumpulkan pada tiga sub skala, (1) kepuasan kerja dan komitmen guru, (2) sikap terhadap persekitaran kerja, (3) sikap terhadap pengetahuan, inovasi dan teknologi maklumat. Kajian ini mendapati bahawa: (1) Sekolah-sekolah kajian mempunyai tahap pembelajaran organisasi yang berbeza, (2) Wujud hubungan korelasi yang ketara (significant) antara tahap pembelajaran organisasi sekolah dan sikap guru, Kajian ini mencadangkan supaya sekolah menjadi Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) dalam erti kata yang sebenarnya. Ini boleh meningkatkan sikap dan komitmen guru terhadap sekolah dan profesyen perguruan seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia juga mampu mengembangkan potensi guru sebagai pendidik. Organisasi Pembelajaran kini diterima oleh sarjan-sarjana reformis pendidikan di Barat sebagao model sekolah masa hadapan (Fullan,1993). date: 2001-10-30 type: Conference or Workshop Item type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/556/1/Kertas%20Seminar%202.pdf identifier: ZAINUDDIN, MUHD KHAIRILTITOV (2001) SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI PEMBELAJARAN : HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ORGANISASI SEKOLAH DAN SIKAP TERHADAP PENGURUSAN. In: Seminar Nasioanal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Kali Ke-10, 30 OKTOBER-1 NOVEMBER 2001, IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS. (Submitted)