@inproceedings{iab_repo561, month = {October}, author = {SHUKRI ZAIN}, pages = {1--31}, title = {SIGNIFIKASI TOTAL QUALITY MANAGEMENT (TQM) DAN KEPEMIMPINAN DALAM PENGURUSAN PRAKTIKUM}, year = {2001}, booktitle = {SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN KALI KE-10,}, keywords = {IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS,SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN KALI KE-10, SIGNIFIKASI TOTAL QUALITY MANAGEMENT (TQM) DAN KEPEMIMPINAN DALAM PENGURUSAN PRAKTIKUM}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/561/}, abstract = {Kepemimpinan dan kepengurusan merupakan adunan penting dalam resepi Total Quality Management (TQM). Sehubungan dengan itu, resepi TQM boleh dimanfaatkan ke arah keberkesanan pengurusan praktikum. Praktikum dalam konteks latihan ikhtisas di institusi perguruan merujuk kepada latihan mengajar yang perlu dijalani oleh setiap guru pelatih sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan syarat lulus pengajian mereka. Dengan demikian, pengurusan praktikum di institute perguruan merupakan rutin kepengurusan yang melibatkan interaksi langsung di antara maktab selaku organisai latihan dengan pelanggan dan stake holdernya. Dalam usaha membina interaksi yang berkesan, keperluan mengimplimentasikam TQM sebagai instrument kepimpinan dan kepengurusan menjadi fokus analisis kertas kerja ini. Maka, 7 elemen TQM yang telah diintegrasikan ke dalam komponen-komponen rutin pengurusan praktikum turut dibincangkan secara konstruktif. Malah, amalan pengurusan praktikum sedia dia Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak telah dihurai secara terperinci dari sudut dominasi kepimpinan ke atas corak kualiti yang dipersepsikan oleh kliens yang terlibat dengan praktikum di sekitar Bintulu, Miri, Sibu, Song, Kapit dan Mukah. Perbandingan yang dibuat di antara Model Dinamika Ibrahim (MEDI) dan TQM melalui dapatan kajian Shukri (1997) menunjukkan terdapat keserasian di antara keduanya sebagai model penambahbaikan kualiti berterusan. Selanjutnya, kajian ini mendapati kliens yang terdiri dari guru pelatih, pihak sekolah, pejabat pendidikan dan guru pembimbing berpuashati dengan tahap keberkesanan rutin pengurusan praktikum berasaskan TQM dan MEDI yang diamalkan oleh MPSB. Perbincangan ini turut mengemukakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha merealisasikan TQM secara menyeluruh dalam pengurusan praktikum dan alternatif penyelesaian yang dicadangkan. Berdasarkan analisis dapatan kajian Shukri (1997) yang menjadi asa perbincangan kertas kerja ini, adalah dicadangkan agar pihak pengurusan atasan di institute perguruan mengamalkan kepimpinan collaborative dengan menunjukkan minat dan penglibatan yang menyeluruh dalam proses menjayakan TQM daripada segi polisi dan kesinambungan.} }