%X Kedudukan sekolah sebagai sebuah institusi atau organisasi pendidikan kurang mendapat perhatian sebagaimana hebatnya perhatian diberikan kepada institusi atau organisasi perniagaan dalam konteks dunia persaingan kini. Ini mungkin kerana sekolah masih dianggap sebagai sebuah organisasi yang tidak mempunyai cabaran dalam pengertian hidup atau mati sebagaimana yang dialami oleh organisasi-organisasi perniagaan walaupun tugas melahirkan generasi pelajar kini semakin mencabar. Kertas kerja ini akan membuka satu senario baru dalam usaha untuk menjana perkembangan pengurusan seiring dengan perkembangan pengurusan di sektor perniagaan. Konsep organisasi pembelajaran yang dibincangkan dalam dunia korporat hari ini akandijadikan sebagai satu gagasan baru untuk para pengurus atau pentadbir sekolah meneliti dan mengkaji kesesuaianya dalam usaha menjadikan organisasi pendidikan lebih berdaya maju dan mampu terus bersaing. Secara umumnya kertas kerja ini akan mengenengahkan beberapa persoalan kenapa sesebuah organisasi itu perlu terus belajar dan menjadikan aspek pembelajaran sebagai satu kegiatan utama dalam mencorak masa hadapan. Di samping itu kertas kerja ini juga akan mengutarakan beberapa langkah bagaimana sesebuah organisasi boleh berubah menjadi organisasi pembelajaran. %A ABD RAHMAN. Dr AHMAD %D 2001 %C IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS %K SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN KALI KE-10, 30 OKTOBER – 1 NOVEMBER 2001 IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS SEKOLAH ORGANISASI PEMBELAJARAN : SATU KEFAHAMAN DALAM KONTEKS PENGURUSAN SEKOLAH-SEKOLAH SWASTA %L iab_repo568 %T SEKOLAH ORGANISASI PEMBELAJARAN : SATU KEFAHAMAN DALAM KONTEKS PENGURUSAN SEKOLAH-SEKOLAH SWASTA %P 1-17