%P 135-151 %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %L iab_repo58 %V 17 %N 02 %T FAKTOR KEPENGIKUTAN SEBAGAI STRATEGI MENINGKATKAN KAPASITI ORGANISASI: SATU KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN MALAYSIA %I Institut Aminuddin Baki %K kapasiti organisasi; sekolah kebangsaan; kepengikutan strategi, %A Mohd. Ali Hairuddin %X Walaupun konsep kepengikutan (dan kepimpinan) telah wujud sejak 2,500 tahun yang lain namun ianya tidak menarik ranai para penyelidik untuk meneroka lebih mendalam terhadap peranan dan sumbangannya meningkatkan kapasiti organisasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi objektif kajian ini untuk cuba meneroka (explore) apakah status serta kategori-kategori kepengikutan di sekolah-sekolah yang terlibat dengan program memperkasa sekolah kebangsaan di Malaysia. Kajian ini menggunakan skala enam mata yang telah dibina oleh Robert E. Kelly [nilai 1 & 2 = jarang-jarang (rarely), 3 & 4 = kadang-kadang (occasionaly), dan 5 & 6 = hampir kerap kali (almost always)] bagi pengutipan data daripada 406 responden yang terdiri daripada semua Guru Penolong Kanan 150 buah sekolah yang dikaji. Perisian komputer SPSS 11.5 digunakan untuk statistik deskriptif sementara perisian AMOS 7.0 digunakan untuk analisis pengesahan faktor (confirmatory factor analysis). Dengan menggunakan pendekatan analisis pengesahan faktor; junmlah akhir sub-skala penentuan kategori-kategori kepengikutan (pemikiran bebas atau independent thinking dan penglibatan aktif atau active engagement) dapat disahkan (confirmed). Berasaskan kepada jumlah skor sub-skala bagi pembolehubah-pembolehubah latent iaitu pemikiran bebas (independent thinking) dan penglibatan aktif (active engagement), pakej komputer SPSS 11.5 digunakarn untuk menganalisis serta menentukan lima kategori kepengikutan iaitu "passive", "alienated", "conformist", "pragmatist" dan "exemplary" yang wujud di sekolah-sekolah yang terlibat dengan program memperkasa sekolah kebangsaan. Implikasi dapatan kajian daripada segi aspek meningkatkan kapasiti organisasi dibincangkan di samping mencadangkan aspek-aspek kajian pada masa akan datang.