%0 Journal Article %A IBRAHIM, SITI AMINAH %A IAB, %D 2014 %F iab_repo:583 %J PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 %K PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, PROJEK TEACH TO TEACH %N 10 %P 1-10 %T PROJEK TEACH TO TEACH %U http://eprints.iab.edu.my/v2/583/ %X Pendidikan masa kini menuntut keutamaan dalam peningkatan kualiti pembelajaran murid. Usaha meningkatkan kualiti pembelajaran murid mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pemimpin sekolah melindungi masa instruksional murid dalam bilik darjah sepanjang sesi persekolahan dijalankan. Melindungi masa instruksional murid adalah salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional yang terbukti telah dapat membentuk iklim sekolah yang positif. Bagi membolehkan seseorang pemimpin instruksional itu memainkan fungsi ini secara berkesan, pemimpin sebenar seharusnya menguasai aspek pengetahuan asas, memahami bidang tugas dan menguasai kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, adalah mudah untuknya membimbing dan menjadi contoh ikutan (role model) yang boleh diteladani oleh guru-gurunya. Kertas pembentangan ini akan membincangkan isu berkaitan masa instruksional yang terjejas disebabkan beberapa faktor berkaitan guru itu sendiri. Melindungi masa instruksional memberi penekanan kepada usaha guru untuk memaksimumkan masa pengajarannya sewaktu di dalam bilik darjah. Sekiranya guru yang bermasalah, maka guru tadi haruslah dibantu memandangkan satu daripada peranan pemimpin instruksional adalah untuk membangunkan kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Oleh itu, satu bentuk inisiatif telah diambil bagi menangani isu ini iaitu dengan menjalankan Program Teach To Teach. Program ini telah menunjukkan impak positif bukan saja kepada guru tetapi juga kepada peningkatan kualiti pembelajaran pelajar-pelajar yang dapat dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan awam yang diduduki.