relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/586/ title: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI creator: Liong, Shou Chuan subject: LB Theory and practice of education description: Kualiti pendidikan sesebuah sekolah adalah bersamaan dengan kualiti guru-gurunya. Justeru, usaha pembangunan profesionalisme guru perlu menjadi agenda utama dalam kepimpinan instruksional yang berkesan. Pengalaman dari ketiga-tiga buah sekolah yang diterajui menunjukkan pembangunan profesionalisme guru boleh dilaksanakan melalui pelbagai dimensi. Dimensi pertama iaitu kualiti kepimpinan guru (teacher leadership), dibangunkan melalui penyerapan guru-guru terpilih ke dalam Pasukan Pengurusan Kanan Sekolah. Pendedahan profesionalisme untuk jangka masa panjang membentuk kematangan pemikiran guru-guru tersebut dan seterusnya mengembangkan pengaruh kepimpinan sekolah melalui pengupayaan kumpulan guru ini. Dimensi yang kedua ialah peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP) melalui “Program Basket Of Guru Cemerlang”. Program ini menuntut guru-guru memenuhi kriteria-kriteria penaziran yang profesional demi kemajuan kerjaya mereka. Bimbingan dan dorongan diberikan melalui PdP berkualiti dan sepuluh folio telah diwujudkan bagi pendokumentasian yang sesuai dengan kehendak kriteria kecemerlangan. Dimensi ketiga iaitu Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dibangunkan bagi mewujudkan kejelekitan dan semangat sepasukan guru-guru dalam melaksana tugas secara profesional. Lima strategi PLC telah dilaksanakan dan telah mempamerkan keberkesannya melalui prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM, sukan permainan, kokurikulum, kemenjadian murid dan anugerah-anugerah atau sijil-sijil pengiktirafan sekolah. Impaknya, keputusan PMR telah meningkat dari GPS 2.56 (2010) ke 2.13 (2013), manakala GPS SPM pula bertambah baik dari 3.91 ke 3.05. Prestasi pencapaian kokurikulum khususnya dalam bidang sukan pula telah menonjol sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk tempoh 2008 – 2013, seramai 41 orang guru telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Cemerlang, 32 orang menjadi Guru Akademik Tingkatan Enam, 4 orang menjadi Penolong Kanan DG48, dan 2 orang menjadi Pengetua DG52. date: 2015 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/586/1/Kertas%20Kerja%206.pdf identifier: Liong, Shou Chuan (2015) PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI. PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 (10). pp. 31-41.