%0 Journal Article %A Mohamad, Mazmin %A SMK Serendah, Ulu Selangor, Selangor, %D 2015 %F iab_repo:588 %J PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 %K PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 i-THINK PEMANGKIN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) %N 10 %P 14-24 %T i-THINK PEMANGKIN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) %U http://eprints.iab.edu.my/v2/588/ %X Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah proses pemikiran yang kompleks yang melibatkan domain kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. KBAT perlu dibangunkan dalam kalangan murid untuk mengupayakan mereka supaya mampu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merupakan satu daripada kemahiran abad 21. ‘ Outcome’ bagi sektor pendidikan yang sedang melaksanakan transformasi melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah modal insan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi iaitu yang berupaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Guru-guru dipertanggungjawabkan memainkan peranan utama membangunkan modal insan bertaraf dunia ini melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) . Oleh itu guru-guru perlu dilengkapkan dengan pedagogi yang berkesan. Penggunaan peta-peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran guru berupaya merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersebut. Peta pemikiran i-THINK merupakan alat yang digunakan dalam PdP untuk membantu membangunkan domain kognitif murid atau keupayaan pemikiran minda murid. Setiap peta pemikiran i-THINK membangunkan proses pemikiran tertentu yang menjurus ke arah KBAT. Kreativiti guru yang tinggi melalui penggunaan i-THINK secara berterusan dalam PdP semua subjek, murid yang mempunyai KBAT pasti dapat direalisasikan. Kertas kerja ini berfokus pada pengunaan peta pemikiran i-THINK sebagai pemangkin KBAT dalam PdP dan juga semasa melaksanakan pentaksiran sekolah dalam kelas atau di luar kelas.