%N 10 %T KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI SEKOLAH: PEMBUDAYAAN DAN PENTAKSIRANNYA %L iab_repo589 %J PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 %P 25-32 %D 2015 %A Maimunah Husien %A Shuhaida Shaari %A Noor Hashimah Hashim %X Mengambil kira pencapaian Malaysia dalam Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) sejak lima tahun lalu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah sangat penting untuk dipertingkatkan dalam sistem pendidikan negara. Bagi memastikan ianya berlaku di peringkat sekolah, pemimpin sekolah perlu berusaha mewujudkan ciri-ciri sekolah yang membudayakan KBAT ini. Suasana yang dikehendaki itu perlu diwujudkan dalam tiga elemen utama pendidikan iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Selain itu elemen-elemen sokongan seperti penggunaan sumber, sokongan komuniti, aktiviti kokurikulum dan aspek pembinaan keupayaan guru juga turut sama digembeling ke arah tujuan tersebut. Kursus Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang dibangunkan oleh Institut Aminuddin Baki bertujuan untuk menyediakan pemimpin sekolah ke arah pembudayaan KBAT di sekolah. Dalam kursus ini pemimpin sekolah didedahkan dengan konstruk KBAT secara terperinci. Kesemua elemen yang telah dinyatakan dikupas dan contoh-contoh realistik berkaitan setiap elemen tersebut diterokai bersama. Selain itu strategi Kementerian Pendidikan Malaysia seperti transformasi sistem pentaksiran dan pelaksanaan program-program berkaitan pembangunan kemahiran berfikir dalam kalangan murid turut diperkenalkan untuk dikuasai oleh pemimpin sekolah, selaras dengan peranan mereka sebagai pemimpin instruksional. Pemimpin sekolah juga memperoleh maklumat berkaitan pemantauan inisiatif KBAT, selain dilatih membina pelan tindakan untuk pembudayaan KBAT di sekolah.Pembudayaan KBAT di sekolah- sekolah dapat menjadi pemangkin ke arah merealisasi pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 secara komprehensif untuk menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. %K PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI SEKOLAH: PEMBUDAYAAN DAN PENTAKSIRANNYA