%J PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 %P 42-47 %N 10 %T GENERASI PELAPIS PEMIMPIN MASA DEPAN %L iab_repo591 %K PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, GENERASI PELAPIS PEMIMPIN MASA DEPAN %D 2015 %A Abdul Razak Ismail %X Pembentangan kertas kerja ini merupakan pengkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan di SMK PPP Tun Razak Jerantut, Pahang. Ia menjelaskan bagaimana pengurusan sekolah mengupayakan guru-guru penolong kanan sebagai generasi pelapis kepimpinan. Amalan komunikasi berkesan serta Kepimpinan Teragih (distributed leadership) diketengahkan dalam mengurus dan memimpin warga sekolah. Begitu juga konsep pengupayaan (empowerment) dan memberi kepercayaan kepada pemimpin pelapis membuat keputusan secara kolaboratif (collaborative decision making) melibatkan semua ahli pasukan dan melaksanakan kerja secara sepasukan. Ini merupakan antara pendekatan yang digunapakai dalam mengurus sekolah bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetap secara bersama. Kerangka Model Grow juga diguna pakai yang memberi penekanan kepada Goal (Matlamat), Reality (Keadaan Sebenar), Option (Pilihan) dan Wrap Up (Rumusan) dalam usaha mempastikan keberkesanan kepimpinan generasi pelapis.