TY - BOOK A1 - MARYATI, ATHAN A1 - ABDUL RAZAK, ABD RAHIM A1 - MARINA, ABBAS Y1 - 2016/08/01/ N2 - Penyelidikan merupakan satu daripada teras utama dalam usaha mencapai kecemerlangan bagi sesuatu organisasi pendidikan. Melalui penyelidikan yang dilaksanakan pelbagai masalah dalam organisasi dapat diselesaikan dengan baik. Semua data dan maklumat yang dikumpul akan menyumbang kepada penyelesaian isu-isu yang timbul dalam pengurusan sesebuah organisasi pendidikan. Tujuh buah artikel yang diterbitkan dalam edisi 1/2016 ini menampilkan lima buah artikel yang disumbangkan oleh pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki, manakala dua artikel disumbangkan oleh penyelidik dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Kesemua tujuh artikel membincangkan pelbagai aspek penyelidikan dalam isu pendidikan di Malaysia. Artikel pertama memuatkan maklumat tentang reputasi pemimpin sekolah pedalaman di Kapit, Sarawak. Artikel kedua pula menyentuh isu pemantauan terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Artikel ketiga, hasil kajian dari PPD, Hulu Terengganu menyatakan tentang komitmen organisasi dan prestasi kerja pegawai di sana. Artikel seterusnya merupakan artikel berbahasa Inggeris yang melaporkan tentang halangan yang dihadapi oleh barisan kepimpinan dan pengurusan untuk membuat kajian tindakan. Artikel kelima pula meninjau kepimpinan Instruksional dan hubungannya dengan prestasi sekolah. Artikel keenam membincangkan tentang amalan kepimpinan di sekolah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Artikel terakhir mengkaji hubungan kepimpinan distributif pengetua dan kepimpinan guru. Tujuh artikel ini diharap dapat menjadi satu perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Terima kasih diucapkan kepada penulis-penulis yang telah menyumbangkan artikel dan kumpulan pewasit yang dilantik sehingga terbitnya jurnal pengurusan dan kepimpinan 1/2016 ini. PB - Reka Cetak Sdn Bhd UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/593/ ID - iab_repo593 EP - 122 SN - 9 771511 414006 TI - JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 ? OGOS 2016 AV - public T3 - JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KW - JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 29 Bil. 01 OGOS 2016 IS - 1 CY - SELANGOR, MALAYSIA ER -