relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/595/ title: Jurnal PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN Jilid 30 Bil 2 2016 creator: Lim, Siew Hui creator: Jamal @ Nordin, Yunus, creator: Tai, Mei Kin, creator: Omar, Abdull Kareem creator: Mohd. Izham, Mohd. Hamzah creator: Fathiyah, Mohd Kamaruzaman creator: Wan Nor Fadriah, Wan Idris creator: Kunalan, Kuriaya creator: Shafinaz, A. Maulod creator: Chua, Yan Piaw creator: Leong, Mei Wei creator: Shahrin, Alias creator: Jamelaa Bibi, Abdullah creator: Normala, Ahmad subject: L Education (General) description: Pemimpin yang menjadikan penyelidikan sebagai satu daripada bidang kerjayanya merupakan seorang yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran hasil daripada kajian yang dijalankannya. Data yang sistematik dikumpulkan melalui penyelidikan akan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme seorang pemimpin. Proses penambahbaikan pengurusan dan kepimpinan organisasi yang dipimpin juga akan menjadi lebih mudah berpandukan hasil dapatan kajian yang dijalankan. Kajian yang dijalankan apabila dikongsi bersama akan dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh satu pihak sahaja tetapi akan dapat dijadikan panduan oleh pengurus dan juga pemimpin organisasi pendidikan yang lain serta dapat meningkatkan tahap kualiti sesuatu organisasi. Enam buah artikel yang diterbitkan dalam edisi 2/2016 ini menampilkan dua artikel yang disumbangkan oleh dua orang pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki. Dua lagi artikel berjaya dihasilkan dengan kerjasama penyelidik daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris manakala satu artikel dengan kerjasama penyelidik daripada Universiti Malaya. Satu artikel lagi dihasilkan dengan kerjasama seorang Pengetua daripada sekolah menengah kebangsaan. Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pula telah menyumbangkan sebuah artikel dengan usaha sama seorang penyelidik daripada sebuah sekolah kebangsaan. Artikel pertama memuatkan maklumat tentang amalan kepimpinan instruksional di sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Artikel kedua berbahasa Inggeris meneroka hubungan antara kecekapan perubahan kepimpinan utama dengan perubahan kepercayaan guru. Artikel ketiga pula, hasil kajian dari UKM tentang kepimpinan berinovasi pentadbir dan hubungannya dengan integrasi teknologi guru Artikel seterusnya melihat pengaruh bimbingan School Improvement Partners (SIPartner) terhadap pencapaian sekolah. Artikel kelima pula menyingkap persoalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah. Sebagai penutup, artikel terakhir meninjau amalan kepimpinan dan pengetua dalam pembukaan sekolah baharu. Enam artikel ini diharap dapat menjadi satu perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Terima kasih diucapkan kepada penulis-penulis yang telah menyumbangkan artikel dan kumpulan pewasit yang dilantik sehingga terbitnya jurnal pengurusan dan kepimpinan 2/2016 ini. publisher: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia contributor: Maryati, Athan contributor: ABDUL RAZAK, ABD RAHIM contributor: Marina, Abas date: 2016-12 type: Book type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/595/1/IAB-Jurnal%20Pengurusan%20Jilid%2030_Bil%202.pdf identifier: Lim, Siew Hui and Jamal @ Nordin, Yunus, and Tai, Mei Kin, and Omar, Abdull Kareem and Mohd. Izham, Mohd. Hamzah and Fathiyah, Mohd Kamaruzaman and Wan Nor Fadriah, Wan Idris and Kunalan, Kuriaya and Shafinaz, A. Maulod and Chua, Yan Piaw and Leong, Mei Wei and Shahrin, Alias and Jamelaa Bibi, Abdullah and Normala, Ahmad (2016) Jurnal PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN Jilid 30 Bil 2 2016. Jurnal PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN Jilid 30 Bil 2 2016, 30 (2). Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, SELANGOR, MALAYSIA. ISBN 9771511414006