relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/597/ title: PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI UNTUK PENGURUS PENDIDIKAN creator: Norhayati, Aziz @ Esa creator: Fadzilah, Abdullah creator: Mat Zizi, Ismail creator: Yong, Chee Ken creator: Sapinah, Zakaria creator: Mislinah, Makin creator: Karpanan, Manikam creator: Azhan, Ahmad creator: Thanabal, M. Palanisamy subject: H Social Sciences (General) subject: L Education (General) description: Menghadiri mesyuarat banyak membuang masa dan tenaga anda? Mesyuarat yang anda hadiri tidak mendatangkan faedah seperti yang dijangkakan? Kebanyakan pakar mesyuarat bersetuju dengan sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu bilangan mesyuarat di tempat kerja kita terlampau banyak dan kebanyakan mesyuarat itu cuma membuang masa. Pemimpin dan pengurus organisasi menjadikan mesyuarat sebagai satu proses kerja rutin yang penting dalam tadbir urus organisasi. Mereka beranggapan bahawa mesyuarat memainkan peranan utama dalam pembentukan strategi dan perubahan strategik dalam organisasi. Secara realitinya dalam sistem pendidikan negara, pengurus pendidikan berpendapat bahawa mesyuarat adalah saluran terbaik dan berkesan ke arah menjayakan matlamat organisasi. Apakah yang anda tahu akan mesyuarat? Mesyuarat merupakan satu peristiwa yang terdiri daripada manusia, kandungan dan proses untuk sesuatu tujuan. Sememangnya diakui oleh umum bahawa mesyuarat diperlukan untuk menyelaras usaha individu, berganding bahu dalam projek tertentu, menjana pelbagai idea, menjual idea, menyelesaikan masalah secara kolektif, dan memutuskan keputusan berdasarkan persetujuan ramai. Walau bagaimanapun, jika mesyuarat tidak dirancang dengan teliti dan dilaksanakan sambil lewa, sudah tentu mesyuarat akan dipandang sebagai sesuatu yang negatif disebabkan faedah yang diperoleh amat sedikit atau langsung tiada faedahnya. Sewajarnya mesyuarat yang dijalankan dapat menepati objektifnya secara optimum. Jika anda pengurus atau pemimpin pendidikan, peranan anda dalam menerajui mesyuarat perlu diberi perhatian agar berupaya menguruskannya dengan sebaik-baiknya dan mendapat kepercayaan ahli-ahli mesyuarat yang lain. publisher: INSTITUT AMINUDDIN BAKI contributor: Abdul Razak, Abdul Rahim date: 2016 type: Book type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/597/2/Pengurusan%20Mesyuarat%20Berkualiti.pdf format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/597/1/Pengurusan%20Mesyuarat%20Berkualiti.pdf identifier: Norhayati, Aziz @ Esa and Fadzilah, Abdullah and Mat Zizi, Ismail and Yong, Chee Ken and Sapinah, Zakaria and Mislinah, Makin and Karpanan, Manikam and Azhan, Ahmad and Thanabal, M. Palanisamy (2016) PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI UNTUK PENGURUS PENDIDIKAN. PENGURUSAN . INSTITUT AMINUDDIN BAKI, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA. ISBN 9789670504469